Nipis namun berteknologi tinggi

Bersama-sama pengenalan peranti mudah-alih Galaxy Note 10, pihak Samsung baru-baru ini turut memperkenalkan sebuah komputer riba baru dinamakan Galaxy Book S.

Komputer riba ini dijana sistem operasi Windows 10, dan menjanjikan penawaran bateri sepanjang hari. Galaxy Book S dilihat ditujukan kepada mereka yang memerlukan komputer riba ke mana-mana mereka pergi, dan melakukan tugasan di mana-mana tanpa masalah.

Ia hadir dengan sokongan rangkaian LTE secara terbina, dan dijana cip Snapdragon 8cx.

Dengan penawaran ini, ia memudahkan pengguna untuk mengakses komputer dengan lebih pantas berbanding komputer riba biasa, selain rekaan yang nipis memudahkan ia dibawa ke mana-mana.

Galaxy Book S hadir dengan skrin 13.3-inci FHD, dilengkapi cip Snapdragon 8cx berasaskan rekaan 7nm, memori 8GB RAM LPDDR4X, storan antara 256GB atau 512GB, serta slot mikro-SD 1TB.

Komputer riba ini dijana berasaskan Windows 10, sekaligus turut menawarkan ciri seperti Windows Hello dan lain-lain. Samsung mengatakan komputer riba ini akan ditawarkan di beberapa pasaran terpilih sahaja buat masa ini. – Agensi

Selain memudahkan pengguna untuk mengakses komputer dengan lebih pantas berbanding komputer riba biasa, rekaannya yang nipis memudahkan ia dibawa ke mana-mana. – Agensi