Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Niro buka bilik pameran jubin di Sarawak

    KUCHING, 10 MEI – Kemajuan pembangunan yang agak pesat di Sarawak telah mendorong Niro Ceramic Group (Niro), salah satu pembuat jubin dan pengedar terbesar, untuk melancarkan bilik pameran pertamanya di sini.

    Pengarah Urusan Niro, Ian Kok berkata Sarawak dilihat sangat progresif dan mereka teruja untuk menyediakan pasaran Malaysia Timur dengan pilihan produk inovatif serta canggih yang lebih komprehensif.

    Keutamaannya adalah bagi memenuhi permintaan pelanggan, yang mana, syarikat berharap dapat menjadi pemain utama dalam pertumbuhan dan pembangunan pasaran jubin di Malaysia Timur, beliau berkata demikian semasa melancarkan bilik pameran Niro di City Square, Jalan Pending di sini hari ini.

    Pengerusi Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) Sarawak, Noraini Narodden serta Timbalan Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak, Louis Ting turut hadir dalam majlis tersebut.

    Niro Ceramic Group menawarkan pelbagai produk dari porselin hingga jubin seramik. Ia mula menghasilkan jubin homogen di Switzerland pada 1979.

    Pertumbuhan di Asia menyebabkan kumpulan itu menubuhkan sebuah syarikat di Malaysia pada 1988. Ia akhirnya berkembang ke Indonesia, China, Vietnam, Sepanyol, India dan Filipina. – Bernama

    Ian Kok (kiri) memberi penerangan kepada Noraini Narodden mengenai produk jubin seramik berkualiti tinggi pada pelancaran ruang pameran dan jualan syarikat tersebut kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda