Friday, March 14, 2025
32.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nishikori tarik diri

    PERTH, 30 DIS – Bintang Jepun Kei Nishikori menarik diri daripada kejohanan Piala ATP sulungnya hari ini kerana masalah kecederaan pada siku yang menghalangnya untuk bermain dengan lebih baik.

    Bekas pemain nombor empat dunia, kini telah menjadi nombor 13 berasa sangat kecewa kerana tidak mewakili negaranya di Perth pada acara berpasukan bermula pada 3 Januari.

    “Hari ini bersama-sama pasukan, kami membuat keputusan ini kerana saya masih belum bersedia sepenuhnya untuk bersaing di peringkat tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

    Siku Nishikori memerlukan pembedahan pada bulan Oktober dan masih belum jelas lagi sama ada dia akan layak untuk bermain pada kejohanan Terbuka Australia sulungnya di Melbourne Park pada 20 Januari.

    Yoshihito Nishioka akan menggantikannya sebagai pemain teratas dalam pasukan Piala ATP Jepun.

    Yasutaka Uchiyama juga menarik diri daripada kejohanan tersebut pada awal minggu ini, Toshihide akan menggantikannya dalam kejohanan tersebut. – AFP

    Nishikori ketika menjawab soalan daripada wartawan semasa sidang media sebelum perlawanan tenis Terbuka Hawaii di Ward Village pada 26 Disember lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda