Wednesday, March 12, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nissan erat hubungan dengan pelanggan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Nissan Brunei baru-baru ini mengadakan majlis makan malam eksklusif Tahun Baharu Cina (TBC) untuk merayakan musim perayaan Tahun Ular dan mengeratkan hubungan dengan pelanggan setia mereka.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Naib Presiden Unit Perniagaan Pengimport Nissan, Yoshinori Kanazawa dan pengurusan dari Boustead Sdn Bhd.

    Acara yang diadakan di Bilik Pameran Nissan, Beribi itu menyediakan platform unik untuk pemilik dan penggemar Nissan berinteraksi secara langsung, berhubung dengan pelanggan Nissan yang lain dan mendapatkan pandangan eksklusif mengenai inovasi automotif terkini jenama berkenaan.

    Sebagai sebahagian daripada majlis utama, tetamu dihidangkan dengan jamuan makan malam TBC.

    Nissan Beribi mengucapkan terima kasih yang tulus kepada semua tetamu kerana menjadikan acara TBC itu merupakan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

    Antara yang hadir pada majlis makan malam TBC Nissan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Kakitangan menikmati juadah TBC. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda