Tuesday, February 25, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nissan kurangkan ramalan keuntungan

    TOKYO, 8 Nov – Syarikat gergasi kereta Jepun Nissan hari ini menurun taraf ramalan keuntungan operasi tahunannya selepas skandal pemeriksaan yang teruk dalam pasaran domestiknya, tatkala CEO berikrar akan memperoleh semula keyakinan pelanggan.

    Nissan berkata ia menjangka akan mencatat keuntungan operasi berjumlah 645 bilion yen untuk tahun sehingga Mac, satu pemotongan daripada ramalan sebelumnya sebanyak 685 bilion yen. Pengeluar tidak mengubah ramalannya untuk keuntungan bersih dan jualan pada 535 bilion yen dan 11.8 trilion yen masing-masing.

    Sebelum mengumumkan angka tersebut kepada wartawan, ketua eksekutif Nissan Hiroto Saikawa menundukkan kepala sebagai tanda meminta maaf.

    “Saya ingin meminta maaf kepada pelanggan, rakan, peniaga dan semua orang yang telah menyokong Nissan,” kata Saikawa.

    Gambar fail pada 27 Julai 2017 menunjukkan seorang lelaki berjalan melintasi logo pembuat kereta Nissan di bilik pameran di Yokohama. Nissan kelmarin menurun taraf ramalan keuntungan operasi tahunannya selepas skandal pemeriksaan yang teruk dalam pasaran domestiknya, tatkala CEO berikrar akan memperoleh semula keyakinan pelanggan. – AFP

    Skandal tersebut telah “melemahkan kepercayaan anda semua,” kata beliau, menambah: “Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memperoleh semula kepercayaan anda semua.”

    Pada bulan lalu Nissan berkata ia menarik balik kira-kira 1.2 juta kereta di Jepun yang gagal memenuhi peraturan domestik mengenai pemeriksaan kenderaan akhir.

    Syarikat itu mengesahkan ujian dijalankan oleh kakitangan yang tidak bertauliah untuk memeriksa kenderaan mengikut standard kerajaan Jepun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda