Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nissan ramal kerugian AS$6.4 Bilion

    TOKYO, 28 JULAI – Pengeluar kereta Jepun Nissan hari ini mengingatkan mengenai kerugian bersih berjumlah AS$6.4 bilion untuk tahun fiskal tatkala ia berpulih daripada kesan pandemik koronavirus.

    Nissan, yang telah menangguhkan ramalan tahunan disebabkan ketidakpastian berlarutan, mengeluarkan amaran tatkala ia melaporkan kerugian bersih suku pertama berjumlah 285.6 bilion yen disebabkan jualan merosot.

    “Keputusan tersebut mencerminkan gangguan COVID-19 untuk suku penuh yang menjejaskan prestasi kami di pasaran utama,” kata ketua pegawai operasi Ashwani Gupta ketika mengumumkan keputusan.

    “Seperti yang anda boleh lihat, pendemik memberikan kesan teruk ke atas operasi kami,” tambah beliau.

    Nissan berkata nilai jualan global merosot sebanyak 50.5 peratus, dengan kemelesetan di seluruh pasaran termasuk Jepun, China dan Amerika Syarikat.

    Ia juga mengingatkan krisis akan berterusan, meramalkan jualan tahunan akan merosot 21 peratus kepada 7.8 trilion yen ekoran kemerosotan 15 peratus pada tahun sebelumnya.

    “Akibat impak pandemik koronavirus di seluruh dunia, permintaan

    keseluruhan merosot kepada kira-kira separuh dalam suku pertama ini berbanding tahun lalu,” beritahu ketua pegawai operasi, Makoto Uchida kepada pemberita. – AFP

    Seorang kakitangan memperkenalkan kereta baharu di bilik pameran ibu pejabat Nissan di Yokohama kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda