Saturday, February 8, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nita sering diganggu makhluk halus

    Pelakon Indonesia, Nita Gunawan mengaku hijab mata terbuka sejak kecil sehingga mampu melihat dan merasakan keberadaan makhluk ghaib di sekelilingnya.

    Nita, 34, berkongsi, situasi itu sering berlaku kepadanya tidak kira di mana lokasi berada termasuk ketika menjalani penggambaran filem, Anak Kunti, tahun lalu.

    “Dari kecil, saya sudah boleh lihat (makhluk ghaib). Kalau dahulu saya pernah lihat pocong dan kuntilanak (pontianak).

    “Saya tidak takut sebab sudah selalu lihat, malah sampai sekarang masih merasakan hawanya.

    “Kali terakhir, saya ternampak makhluk ketika berada di Jepun, meskipun berada di hotel empat bintang.

    Nita mengongsikan ada berusaha untuk menutup hijab mata ketiganya, namun, ia seakan tidak berhasil sehingga memaksanya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu. – mStar

    “Walaupun berada di tempat sebegitu, tetap juga ada. Kalau ternampak, saya ingin mengetahui sama ada ia benar atau tidak,” katanya ditemui selepas tayangan perdana filem seram terbaharu lakonannya, Anak Kunti di TGV Suria KLCC, malam tadi.

    Nita yang juga personaliti media sosial Indonesia berkata, dia ada berusaha untuk menutup hijab mata ketiganya, namun, ia seakan tidak berhasil sehingga memaksanya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

    “Dalam keluarga hanya saya sahaja. Dahulu, ibu saya pernah cuba untuk menutup (merawat) sebab semasa kecil saya akan jadi histeria, tapi lama-kelamaan hanya biarkan dan berdoa sahaja,” katanya.

    Nita sudah berusaha menutup hijab mata ketiganya, namun, ia seakan tidak berhasil sehingga memaksanya menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

    Nita menjelaskan, makhluk dilihat tidak semuanya mengganggu, namun, bergantung kepada lokasinya berada.

    Gadis yang mula menceburi bidang lakonan sejak 2023 itu mengakui perkara itu sedikit sebanyak akan mengganggu tidurnya.

    “Kebiasaan semasa penggambaran, akan ada yang menunggu di sebelah. ‘Dia’ tak ganggu, cuma melihat apa yang dilakukan.

    “Ada juga doa diamalkan kerana saya melakukan ini (berlakon) adalah sebagai pekerjaan. Saya cakap, keberadaan saya bukan untuk mengganggu, tapi untuk menghasilkan filem sahaja,” tambahnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda