Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nite Walk dapat sambutan

    Oleh Hajah Saemah Kepli

    KUALA BELAIT, 30 Sept – Acara Nite Walk anjuran bersama RYS Entertainment dan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria terus mendapat sambutan positif daripada penyertaan orang ramai terutama penduduk di daerah ini.

    Acara yang diadakan bersempena Kuala BelaitKu Ceria (KBKC) itu turut meraikan ulang tahun pertamanya malam semalam di kawasan Taman Jubli Perak Jalan Maulana, di sini.

    Hadir pada acara tersebut bersama-sama hampir 200 orang peserta ialah Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad; Pengarah Teknikal Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd, Yap Kong Fah; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Serikandi, Shaikh Haji Khalid bin Shaikh Haji Ahmad dan lainnya.

    Diiringi dengan kawalan anggota Polis Diraja Brunei, Nite Walk dilakukan sejauh kira-kira 4 kilometer dengan laluan bermula di kawasan Taman Jubli Perak kemudian mengelilingi sekitar Pekan Belait dan lainnya kemudian kembali ke lokasi bermulanya acara.

    Sempena Sambutan Ulang Tahun Pertama Nite Walk, melalui program KBKC di Daerah Belait, para peserta yang terlibat telah menerima cenderahati menarik daripada pihak penganjur dan tema yang diberikan adalah ‘Night Walk KB Challange’.

    Acara tersebut juga merupakan antara salah satu aktiviti bagi menggalakkan amalan cara hidup yang sihat dengan berjalan kaki beramai-ramai bersama keluarga dan kawan-kawan.

    Ia dimulakan dengan para peserta diajak untuk melakukan senaman pemanas badan.

    Awang Abdol Hazis bersama hampir 200 peserta menyertai Nite Walk sempena Kuala Belaitku Ceria.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda