Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Nmecha tidak akan beraksi sehingga 2024

    BERLIN, 24 NOV – Pemain tengah Borussia Dortmund Felix Nmecha telah diketepikan sehingga 2024 kerana kecederaan pinggul, jurulatih Edin Terzic mengesahkan kelmarin.

    “Felix Nmecha tidak akan dapat bermain sepanjang tahun ini berikutan kecederaan pinggul,” kata Terzic kepada wartawan.

    “Ia adalah bahagian badan yang rumit dan kami perlu memberinya rehat,” jelasnya.

    Nmecha berpindah ke Dortmund dari Wolfsburg pada akhir musim dalam perjanjian bernilai AS$32.7 juta. Pemain tengah itu menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Dortmund di Newcastle pada Oktober.

    Dilahirkan di Hamburg, Nmecha dan abangnya, Lukas dibesarkan di England dan kedua-duanya datang melalui akademi Manchester City sebelum mewakili Jerman. Selepas permulaan musim ini tanpa kalah, Dortmund kini menduduki tangga kelima selepas tewas dua perlawanan terakhir menentang Bayern Munich dan Stuttgart, ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Bayer Leverkusen.

    Dortmund akan menerima kunjungan Borussia Moenchengladbach esok. “Kami mengambil tanggungjawab perlawanan terakhir Bundesliga bersama kami dan mahu membuktikan pada perlawnan Sabtu ini menentang Gladbach bahawa kami boleh melakukan yang lebih baik,” kata Terzic. – AFP

    Aksi Nmecha (kanan) semasa perlawanan Bundesliga di Stuttgart, barat daya Jerman pada 11 November 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...