Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Noh bakal perkenal tunang depan peminat

    Kemunculan penyanyi Noh Salleh ketika mengadakan persembahan di Motos Malim pada Ahad lalu mencuri perhatian apabila buat pertama kalinya dia memperkenalkan bakal isterinya iaitu Fatin Athira Mustapa di hadapan 500 penonton.

    Noh, 38, yang sedang berdiri di atas pentas sebelum membuat persembahan sempat mengumumkan dia dan Fatin bakal disatukan sebagai suami isteri pada minggu ini, kongsi mStar.

    Sambil menunjukkan Fatin yang berada di tempat penonton, Noh turut berharap agar penonton yang hadir mendoakan perkahwinannya dan bakal isteri bahagia sehingga ke akhir hayat.

    Noh turut menyanyikan lagu berjudul Biar Seribu buat penonton yang disifatkan sebagai doa buat pasangan mahu berkahwin.

    “Itu tunang saya, kita akan kahwin next week (minggu ini). Lagu ini (Biar Seribu) sesuai dengan doa kita sebagai pasangan yang hendak mendirikan sebuah masjid.

    “Jadi harap 500 orang yang ada dekat sini untuk kami kekal seribu tahun macam lagu ini,” katanya.

    Tidak hanya itu, Noh turut meluahkan rasa teruja ingin melihat tunangnya itu mengenakan busana istimewa di hari pernikahan mereka nanti.

    Apa mencuri perhatian, Noh dilihat tersipu malu ketika berkongsi keterujaan bakal menamatkan zaman duda.

    Sebelum ini, Noh atau Mohammad Noh Salleh memuat naik persalinan pakaian pengantin dipercayai busana untuk majlis pernikahan mereka yang dilaporkan bakal berlangsung pada 23 September ini. – Agensi

    Noh bakal tamatkan zaman duda Sabtu ini. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...