HELSINKI, 28 APRIL – Pembuat peralatan rangkaian Finland, Nokia telah memperoleh kontrak bertahun-tahun untuk meningkatkan kapasiti salah satu pengendali mudah alih terbesar di India, firma itu mengumumkan hari ini. Perjanjian itu, yang menurut sumber industri kepada AFP bernilai hampir AS$1 bilion (924 juta euro), akan menyaksikan Nokia menggunakan 300,000 unit radio baharu di seluruh negara