Wednesday, April 23, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nokia, Apple meterai perjanjian

    HELSINKI, 2 JULAI – Pembekal infrastruktur rangkaian dan teknologi 5G, Nokia, telah menandatangani perjanjian lesen paten jangka panjang baharu dengan Apple untuk menggantikan perjanjian semasa antara kedua-dua syarikat yang akan tamat tempoh pada akhir 2023.

    Perjanjian itu membolehkan Apple menggunakan teknologi syarikat Finland itu dalam produknya, meliputi ciptaan Nokia dalam teknologi 5G dan lain-lain. Syarat perjanjian yang diumumkan lewat Jumaat adalah sulit.

    Nokia menjangka akan mengiktiraf pendapatan yang berkaitan dengan perjanjian itu bermula Januari 2024 dan syarikat itu mengatakan bahawa perjanjian itu selaras dengan tinjauan jangka panjangnya yang diumumkan pada suku pertama.

    “Perjanjian itu mencerminkan kekuatan portfolio paten Nokia, pelaburan selama beberapa dekad dalam penyelidikan & pembangunan (R&D), dan sumbangan kepada piawaian selular dan teknologi lain,” kata Presiden Nokia Technologies, Jenni Lukander dalam satu kenyataan.

    Perjanjian lesen paten sebelum ini antara Apple dan Nokia diumumkan pada Mei 2017.

    Nokia berkata bahawa portfolio patennya dibina berdasarkan le-bih daripada AS$153 bilion yang dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan sejak 2000, dan terdiri daripada kira-kira 20,000 keluarga paten, termasuk lebih 5,500 keluarga paten yang diisytiharkan penting untuk 5G.

    Nokia yang berpangkalan di Espoo, Finland adalah salah satu pembekal utama dunia dalam teknologi 5G, generasi terkini teknologi jalur lebar, bersama-sama dengan Ericsson dari Sweden, Huawei dari China dan Samsung dari Korea Selatan. – AP

    Pengunjung bercakap dengan kakitangan pada paparan bagi firma teknologi Nokia di PT Expo di Beijing, China, 4 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda