Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nokia umum penyelesaian pengecasan baharu

    HELSINKI, 11 SEPT – Gergasi telekomunikasi Finland Nokia Oyj mengumumkan penyelesaian pengecasan baharu yang dikhaskan kepada sektor peniagaan, lapor agensi berita dpa.

    Nokia hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan penyelesaian perisian pengecasan baharu yang dipanggil Enterprise Edge Charging yang ditujukan kepada perusahaan bandar pintar, utiliti dan kereta api.

    Penyelesaian perisian terbabit menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin untuk memberi syarikat lebih kawalan ke atas data rangkaian yang diproses dan analisis.

    “Enterprise Edge Charging mengurangkan kos pemprosesan dan meningkatkan pengalaman pelanggan dengan mengelakkan kelewatan yang biasanya terhasil apabila data perlu dihantar ke pusat data yang jauh,” menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

    Ia menjimatkan masa dan kos yang diperlukan untuk menyediakan dan menguruskan peluang komersial baharu.

    Penyelesaian perisian itu dijangka tersedia untuk kegunaan komersil pada akhir tahun ini. – Bernama

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nokia baharu Pekka Lundmark berjabat tangan dengan Rajeev Suri di ibu pejabat Nokia di Espoo. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda