Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nokia, VNPT jalin kerjasama untuk pelaksanaan 5G

    HANOI, 21 OKT – Syarikat rangkaian data dari Finland, Nokia, mengumumkan hari ini kerjasama baharu dengan Kumpulan Pos dan Telekomunikasi Vietnam (VNPT) untuk melaksanakan teknologi 5G di negara itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Presiden Rangkaian Mudah Alih Nokia, Tommi Uitto berkata pelaksanaan 5G akan membantu mempercepatkan masa depan digital Vietnam.

    Nokia turut mengeluarkan produk 5Gnya di dalam negara tersebut.

    Menurut Nokia, ia akan melaksanakan penyelesaian pengurusan rangkaian berasaskan kecerdasan buatan (AI), MantaRay 5G yang akan meningkatkan kecekapan operasi rangkaian VNPT.

    Ketua Pegawai Eksekutif VNPT, Huynh Quang Liem berkata, “Kerjasama dengan Nokia akan membolehkan VNPT melaksanakan rangkaian 5G bertaraf dunia dengan pantas dan memenuhi permintaan pelanggan kami yang semakin meningkat di Vietnam.

    5G akan menjadi asas untuk memacu pembangunan ekonomi dan kemajuan masyarakat di Vietnam, sekali gus mempercepatkan perjalanan negara ini ke arah menjadi ekonomi digital,” tambahnya lagi. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda