Nombor 9 bawa tuah kepada Surynah

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Dayang Surynah binti Haji Mahmud tidak menyangka menjadi pemenang utama cabutan hujung tahun You C1000 anjuran Hui Huang Enterprise apabila sampul nombor sembilan yang dipilihnya diumumkan sebagai pemenang hadiah iPhone 11.

Hadiah kedua berupa Samsung Note 10 plus pula dimenangi Thian Lee Choi dan Gam Chia Fung memenangi hadiah ketiga iaitu Huawei P30 Pro.

Pemenang lain turut membawa pulang hadiah berupa Samsung A80, Oppo Reno, Apple iPad, jam tangan Samsung Galaxy, Huawei GT, baucar membeli-belah bernilai $100 dan $50.

Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Pengarah Urusan Hui Huang Enterprise, Hii Hua King dan Penolong Pengurus Besar, Ling Neng Yiing.

Cabutan hujung tahun yang bermula dari awal September lalu sehingga hujung November melayakkan mana-mana pembelian minuman vitamin atau isotonik untuk mendapatkan satu kupon penyertaan.

Dayang Surynah menerima hadiah telefon iPhone 11 yang disampaikan Hii Hua King.