Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nombor Bil rujukan bayaran CAPL bermula awal April

    PUTRAJAYA, 29 MAC – Bayaran Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (CAPL) boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Bil sebagai rujukan bayaran mulai 1 April 2024.

    Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan Nombor Bil boleh diperolehi dengan mengemukakan permohonan kepada Seksyen Antarabangsa Labuan, LHDN Sabah menerusi beberapa kaedah antaranya membuat pengiraan kadar cukai dan jumlah bayaran terlebih dahulu mengikut tahun taksiran dan mengisi maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan berkenaan.

    “Kaedah lain adalah mengemukakan borang permohonan yang diisi dengan lengkap ke seksyen berkenaan untuk diproses bagi janaan Nombor Bil.”

    “Nombor Bil yang dijana akan dimaklumkan kepada pembayar cukai melalui slip pembayaran,” menurut kenyataan itu.

    LHDN memaklumkan borang permohonan adalah tertakluk kepada satu tahun taksiran dan satu kadar cukai sahaja dan sekiranya bayaran melibatkan beberapa tahun taksiran, permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang secara berasingan. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda