CERITA ini berlaku pada tahun 1992, masa tu aku baru berumur 12 tahun. Aku ni gemar sangat berkawan dengan budak-budak besar. Selalu sangat aku join abang-abang aku dan kawan-kawannya pergi berjalan-jalan. Walaupun jarak umur aku dan abang-abang aku jauh, tapi itu bukan penghalang. Dah memang aku suka berkawan dengan budak-budak besar. Kalau mereka tengah melepak selepas meronda-ronda naik motor, aku akan turut sama join. Kadang-kadang aku tak faham sangat apa yang mereka bualkan. Tapi itu tak jadi hal. Berkawan dengan mereka semua best.
Seperti biasa pada waktu petang aku akan datang port mereka melepak dan duduk menyibuk-nyibuk di situ. Tekun aku mendengar mereka berborak sambil mencangkung menguis-guis tanah dengan ranting kayu. Aku cuba lukis gambar ayam tapi yang jadinya zirafah. Sampai lah aku terdengar mereka semua berbual tentang nombor telefon. Ranting tadi aku terus letak. Cerita ni macam menarik untuk diambil tahu. Muka mereka masing-masing serius. Salah seorang kawan abang aku telah bercerita tentang nombor telefon misteri. Yang ‘menariknya’ nombor telefon misteri ini wujud, berfungsi serta boleh dihubungi. Cumanya, sedia atau tak kita nak mendengar suara ‘si dia’ menjawab panggilan di hujung talian?
Jadi nak dijadikan cerita, beberapa minggu selepas itu aku telah terfikir untuk menelefon nombor tersebut. Aku nekad sebab benda ni dah selalu sangat bermain-main dalam fikiran aku. Aku nak tahu sendiri siapa empunya nombor telefon, dan benarkah seperti dakwaan kawan abang aku nombor itu kepunyaan wanita yang telah mati dibunuh?
Lebih kurang pukul 9 malam, aku membuat panggilan. Buku nota kecil aku keluarkan, dengan menggunakan nombor rumah, aku dial nombor yang tertera. “03-8888 8364”. Panggilan bersambung. Tiba-tiba rasa takut datang, aku takut nak mendengar siapa yang akan menjawab panggilan. Untuk beberapa ketika aku terus meletakkan gagang tanpa sempat ‘si dia’ menjawab. Malam itu aku tak dapat tidur lena. Dalam fikiran tertanya-tanya adakah ‘dia’ akan menghubungi aku semula. Adakah masa dan waktu ‘di sana’ sama dengan di sini? Aku terus terbuai dalam kerungsingan. “KRING..! KRINGG..!!”
Pagi itu aku termenung panjang. Aku nak beritahu abang aku dan kawan-kawannya pasal hal ni, tapi mereka semua dah balik asrama. Tiba-tiba aku terfikir, boleh jadi hal malam tadi tu satu kebetulan. Benarkah perempuan yang menelefon semula tu ada kaitan dengan nombor telefon misteri tersebut, atau entah-entah orang tersalah nombor? hmm. Boleh jadi.
Angin pagi ni membuai lembut. Tiba-tiba. “KRING..! KRINGG..!!” Damn! Sayup-sayup kedengaran bunyi telefon dari dalam rumah! Aku terkejut dari lamunan. Berkejar aku menuju ke rumah, tak lama selepas tu bunyi deringan tak didengari lagi. Mesti ada orang yang dah jawab panggilan tersebut! Aku tercegat di pintu rumah dan dalam keadaan mengah aku lihat emak sedang berdiri menjawab telefon. “Tak ada. Dorang semua tak ada.” “Ni siapa ni?” “Tak ada. Dorang semua dekat asrama.”
Minggu depannya abang-abang aku balik. Emak terus bertanyakan hal tersebut. Tanya emak lagi, adakah mereka berdua ada kenalan-kenalan perempuan di mana-mana. Namun mereka pantas menafikan. Mereka berdua juga kelihatan tertanya-tanya siapakah gerangan yang menghubungi, dan siap tahu nama mereka. Aku tahu abang-abang aku ni tak berminat dengan cerita kawannya Badri, tempoh hari dan sudah tentu mereka tak berminat pun nak mencuba-cuba menelefon nombor misteri tersebut. Aku terdiam membisu. Sebenarnya puncanya adalah daripada aku. Hal ni terus aku rahsiakan daripada mereka berdua. Kejadian ini kekal misteri untuk beberapa minggu. Aku diamkan daripada mereka.
Jangan tenang sangat. Misteri ini tak habis di sini. Selama beberapa minggu aku biarkan. Sikap aku yang degil ditambah dengan rasa ingin tahu yang tinggi membuatkan aku nekad. Aku nekad untuk menelefon semula nombor puaka itu. Kali ni apa nak jadi, jadilah. Demi sebuah jawapan. Kebetulan waktu itu aku di rumah seorang diri. Waktu itu sudah memasuki senja. Emak dan ayah keluar mencari barang di pekan. Nombor telefon didail kemas. “03-88888364”
Lama aku biarkan ia berdering, moga ‘si pemilik’ telefon menjawab. Tetapi panggilan aku dibiar sepi. Tiada siapa yang menjawab. Aku letak gagang. Kalau betullah telahan aku, mesti dia akan menghubungi aku semula. Jadi aku biarkan sejenak. Demi menghindar rasa takut, aku pasang televisyen. Lebih kurang 20 minit selepas itu, telah terjadi suatu perkara yang membuatkan aku menoleh ke arah telefon rumah. Peluh jantan mula keluar, jantung mengepam-ngepam darah dengan laju.
Akhirnya ia berdering. Penantian aku berakhir di situ. Cumanya sekarang aku perlu jawab atau tidak panggilan ini? Jantung aku berdebar mengikut ritma deringan telefon. Kalau aku tak jawab, aku tak kan dapat jawapan atas segala persoalan. Kalau aku jawab pula.. aku dapat dengar dengan telinga aku sendiri suara ‘si pemanggil’. Sudah bersedia kah aku? Ah! aku kena beranikan diri walaupun sebenarnya aku penakut. “Hel.. hello.. si.. siapa sana?”
Sunyi sepi. Tidak kedengaran satu suara hatta satu bunyi pun. Aku tanya lagi. “Hel.. hello.. jangan main-main. siapa tu?” Aku sedikit marah sebab pertanyaan aku tak berjawab. Namun begitu, marah ku sedikit demi sedikit hilang, ditukar ganti dengan rasa takut, meremang dan seram sejuk. Aku telah dengar sendiri dengan telinga ini ‘si dia’ bersuara. Tak tahu macam mana nak jelaskan, tapi tutur katanya lemah gemalai, lembut, sayu, mendayu-dayu. Ada patah perkataan yang aku tak dapat dengari dengan jelas. Perempuan ini cuba beramah mesra dengan aku, tapi aku tak rasa cair pun. Ketakutan semakin memuncak. Benarlah kata emak, nada suaranya agak aneh dan ‘tak selesa’ untuk didengar. Bukan macam suara manusia biasa. “Adik.. adik dekat rumah sorang ke tu… Mak Ayah mana….he he..”
Cukup. Ayat itu cukup buat aku rasa nak pengsan! Oleh kerana ketakutan yang amat sangat, aku terus keluar rumah duduk di padang depan sambil menanti kepulangan orang tua aku. Bila mendengar suara perempuan di telefon tadi, fikiran aku sudah mula terbayang yang bukan-bukan. Kebetulan waktu itu tengah hot filem hantu seperti Sundel Bolong, Mak Lampir, Malam Satu Suro dan bermacam-macam lagi. Mana lah tahu kan tiba-tiba perempuan tu datang mengintai aku dari bawah katil, balik almari atau dalam bilik air. Mampus.
Waktu sudah agak senja, barulah orang tua aku pulang. Aku terus menerpa mereka yang sememangnya berasa hairan melihat keadaan dan reaksi aku yang gelabah bukan main. Dalam situasi yang kelam kabut dengan perasaan yang bercampur baur, aku bercakap tanpa fikir. Aku menuduh mak cik aku menelefon rumah ketika aku seorang diri dan sengaja main-main kan aku. Sampaikan mak cik aku datang rumah malam tu dan menafikan sekeras-kerasnya hal tersebut. Lucu pun ada. Mungkin kerana aku terlampau takut.
Kejadian seram ini berlalu begitu sahaja. Hilang, lenyap, pudar ditelan waktu. Aku pun sudah tak memandai-mandai lagi menelefon nombor misteri tersebut. Aku ambil ini sebagai pengajaran. Misteri ini akhirnya dilupakan selama beberapa tahun lamanya. Aku tak ingat berapa lama. Namun begitu, nombornya tetap sentiasa aku ingat di dalam kepala. Boleh kata kami semua dah melupakan tentang kejadian ini, dah bukan jadi topik perbualan hangat lagi. Sehinggalah pada satu hari..
Ketika itu usia aku sudah menginjak 20’an. Selepas sahaja tamat pengajian di sebuah universiti utara tanah air, aku terus bekerja di sebuah syarikat pengiklanan yang bertempat di Bangi. Lebih kurang ketika tahun 2005 macam tu. Di sana aku berkawan lah rapat dengan tiga orang rakan sepejabat. Makan, melepak, main snuker semua sama-sama. Nak dipendekkan cerita, pada suatu malam kami duduklah bersantai-santai minum di sebuah kedai makan bawah pokok di area Bangi sana.
Aku pun bercerita dari awal sampailah habis. Mereka kelihatan teruja, tapi ada juga seorang ni yang tak percaya dengan cerita aku. Mengarut katanya. Dia tuduh aku yang salah tekan nombor telefon. Berdasarkan apa yang aku cerita, fakta yang aku keluarkan, nampak semuanya sahih dan memang sukar ditelan oleh akal yang waras. Kalau pun di zaman 90’an dahulu dah ada agensi khas yang membuat panggilan hangit berhantu, macam mana ‘perempuan’ tu boleh tahu nama abang-abang aku, dan macam mana pulak dia boleh tahu aku tengah duduk rumah seorang diri ketika itu. “Mungkin benda tu kebetulan kott…”
Salah sorang kawan aku ni cuba mempertikaikan cerita aku. Aku tak ada lah nak marah, aku siap bagi nombor telefon tu dekat mereka supaya mereka boleh hubungi. Bagi aku hal ni mungkin dah tak relevan lagi kot. Nombor tu pun mungkin dah tak wujud lagi. Iyalah dah berbelas tahun punya cerita. Ada lagi ke hantu tu? Entah. Bisik aku dalam hati. “Ni nombor dia. 03-8888 8364. Kalau kau berani call lah” Aku mencabar mereka walaupun aku tahu benda ni dah berzaman berlaku. “Mana tahu ada luck, bolehlah bergayut dengan ‘dia’ malam ni.” Tambah aku lagi dengan niat untuk mengusik mereka. Kawan aku yang berani sikit, Nasri namanya telah mencatat dan menyimpan nombor ini di telefon Nokia 3310 miliknya. Katanya, dia nak cuba hubungi nanti. Aku percaya dia akan buat sebab dia ni jenis yang berani dan rasa ingin tahunya begitu tinggi.
Jadi esok malamnya kami berkumpul di kedai makan biasa. Semua orang ada kecuali kawan aku Nasri. Dia kata dia tak dapat join lepak sebab kena ambil tunangnya dan hantar di Seri Kembangan. Kalau dapat datang pun mungkin lambat sikit. Kami pun melepaklah macam biasa, borak-borak kosong menikmati malam minggu. Malam-malam begini awek-awek UKM ramai betul. Tu yang best. Sambil itu kami bersembanglah pasal Nasri, kami tertanya-tanya sendiri sama ada Nasri sudah hubungi atau belum nombor berhantu semalam tu. Jenaka-jenaka pasal Nasri kami selang selikan de-ngan cerita. Barangkali sedang duduk menggigil ketakutan di dalam rumah agaknya. Berdekah kami.
Nasri mengeluarkan telefon bimbitnya. Kami semua terjenguk-jenguk apa yang terpapar di skrin kecil telefon tersebut. Tak kan tunang dia SMS ‘i love you’ pun nak tunjuk kat kami. Tapi bukan itu sebenarnya.. Bila kami lihat betul-betul dan ternyata kami semua terkejut, terutama sekali aku. Apa benar yang tertulis di skrin telefon bimbit milik Nasri ini? ‘Call Received – 03-8888 8364, 9.05 pm’
Aku tahu ini bukan dibuat-buat. Bagi yang tak faham. Nasri telah menerima panggilan daripada nombor berhantu tersebut. Dan ini bermakna Nasri telah menghubungi nombor ini terlebih dahulu. Memang benar Nasri mengaku dia ada call nombor itu kemudian meletakkannya. Tidak lama selepas itu, sewaktu dia memandu, dia telah dihubungi oleh seseorang. Tanpa melihat dengan teliti ke arah nombor, dia pun mengangkat. Nasri beritahu kami satu benda malam itu. Benda yang bagi aku mengsahihkan lagi semua kejadian-kejadian misteri yang berlaku sebelum-sebelum ni. “Perempuan. Suaranya halus lagi menakutkan. Kadang-kadang ketawa mengilai. Lepas tu dia tanya aku…” Kata-kata Nasri bagai terhenti di situ. Kami memaksanya memberitahu. “Dia tanya aku..hmm..” Kami menunggu Nasri menyambung ayatnya.. “Dia tanya aku… TENGAH AMBIL TUNANG KE?”
WTF! Berderau terus darah kami malam tu. Aku termenung lama. Mana mungkin misteri yang sudah terlalu lama berlaku (belasan tahun) masih boleh terjadi lagi selepas itu? Dari tahun 1992 sehinggalah ke 2005. Lama tu! Semangat dan roh ‘perempuan’ ini masih boleh wujud lagi merentasi waktu dan zaman. Perasaan takut bercampur aduk dengan perasaan aneh. Pelbagai persoalan yang kerap menyinggah di benak fikiran. Sejak hari itu aku terus buang segala ingatan aku pada nombor tersebut. Aku tak nak ingat lagi, sebab aku tahu aku yakin ‘ia’ masih wujud lagi sehingga kini.
Biarlah nombor telefon tersebut tertanam bersama misterinya, biarlah ia pupus ditelan waktu dan zaman. Sebenarnya agak menyesal aku berikan pada Nasri, dia jadi paranoid berminggu-minggu. Mengapa ‘perempuan’ tersebut boleh tahu Nasri tengah ambil tunang dia malam tu. Itu persoalan utama.
Salah seorang daripada kami kelihatan terkejut dengan nombor telefon yang aku beri semalam. Dia tanya aku, betul ke nombor ni. Aku pun jawablah betul. Nombor ini lah yang konon-kononnya dikatakan milik seorang perempuan yang mati dirogol dan dibunuh. Dan nombor ini jugalah yang bila aku call akan ada perempuan misteri yang jawab.
Kawan aku tu kelihatan gusar dengan penjelasan aku. “Kalau ada dua pangkal nombor 8 di hadapan, maknanya ni nombor telefon kawasan Putrajaya. Waktu kau call tu zaman tahun 90 an, waktu tu Putrajaya mana wujud! Putrajaya masa tu masih ladang kelapa sawit lagi!”