Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nombor telefon, data peribadi paling berharga

    PUTRAJAYA, 28 JUN – Nombor telefon merupakan data peribadi yang paling berharga ketika ini dan berisiko digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sama ada untuk mengaut keuntungan atau menganiaya seseorang, kata Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, Mazmalek Mohamad.

    Dalam satu taklimat media mengenai data peribadi di sini hari ini, beliau menasihatkan rakyat negara ini agar tidak menyertai pelbagai kumpulan WhatsApp yang tidak berfaedah bagi mengelak berlaku perkongsian nombor telefon tanpa disedari.

    “Kadang-kadang kita tidak kenal semua ahli kumpulan. Tanpa kita sedari, ada di antara ahli kumpulan  secara diam-diam kongsi nombor telefon kita dengan orang lain.

    “Apabila semua nombor telefon dalam kumpulan itu telah dikongsi dengan ‘scammer’ atau agensi telepemasaran, mereka akan tinggalkan kumpulan WhatsApp  dan sertai kumpulan lain pula,”  katanya  taktik berkenaan memudahkan sindiket penipuan atau telepemasaran memiliki nombor telefon secara mudah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda