Friday, December 6, 2024
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Noniswara belum terbuka hati berkahwin semula

    Setahun selepas pemergian suami, pelakon Datin Seri Noniswara belum terbuka hati untuk berkahwin semula walaupun menerima banyak lamaran daripada lelaki.

    Nonis atau Noniswara Baharuddin, bagaimanapun memberitahu dia tidak mahu bercakap takbur kerana bimbang satu hari nanti hatinya terbuka untuk berkahwin lagi.

    “Ramai sahaja yang melamar saya sebenarnya, tapi hati ini belum terbuka dan belum bersedia lagi.

    “Ya Allah ya Tuhanku, saya tak mahu cakap takbur. Tak tahulah kalau esok lusa hati ini terbuka. Al-Fatihah buat arwah suami,” katanya kepada mstar.

    Nonis berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

    Noniswara belum bersedia bernikah lagi walaupun selepas setahun pemergian suami. – mStar

    Dalam pada itu, Nonis turut mengucapkan tahniah kepada balu Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim yang baharu mendirikan rumah tangga bersama Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor pada Jumaat lalu.

    Kata Nonis, dia dan Ina sama-sama kehilangan suami pada tahun yang sama dan tumpang gembira melihat wanita itu sudah menemui pengganti untuk menjadi pembimbing dalam keluarga mereka.

    “Alhamdulillah, tahniah Ina. Saya gembira untuk awak. Kita sama-sama kehilangan suami tercinta di tahun yang sama.

    “Arwah suami saya meninggal dunia pada 1 Oktober 2023 dan suami Ina pada 15 November. Syukur Alhamdulillah, Ina sudah ‘move on’ dan berjumpa pengganti arwah. Semoga Ina bahagia hingga ke syurga,” ujarnya.

    Pada 1 Oktober tahun lalu, suami Nonis iaitu Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad mengembuskan nafas terakhir akibat strok otak di sebuah pusat perubatan swasta Kuala Lumpur. Jenazah dikebumikan di kampung halamannya iaitu di Kuala Krau, Temerloh, Pahang. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda