Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Noorkhiriah jadikan MPV miliknya van jenazah

    Mahu jadikan sumbangan kecilnya itu sebagai bekalan akhirat, pelakon Noorkhiriah mewakafkan kenderaan pelbagai guna (MPV), jenama Hyundai miliknya sebagai van jenazah.

    Manurut Nookhiriah, dia rela mati melepaskan kenderaan kesayangannya itu dengan harapan sumbangan tersebut mampu memberi manfaat kepada orang lain kelak.

    “Alhamdulillah lepaskan kerana Allah… akak sayang, maka akak jadikan kereta ini van jenazah. Bagi yang memerlukan dialu-alukan, perkhidmatan percuma.

    “InsyaAllah dah siap sepenuhnya nanti akak beritahu, terima kasih kepada yang menyumbang… tiada upaya melainkan dengan izin Allah.

    “Melangkah dengan yakin dengan apa yang akan dibuat ini… mohon doakan akak, bohong akak cakap kalau tak takut van jenazah.. akak tak kaya tapi sebelum meninggal akak nak tinggalkan sesuatu buat semua,” katanya.

    Noorkhiriah jadikan kereta MPV miliknya sebagai van jenazah. – Agensi

    Pelakon drama Nur ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram pada Jumaat lalu.

    Dalam pada itu, Noorkhiriah berharap dia terus istiqamah dalam melakukan amal kebajikan dan kebaikan seperti dituntut dalam Islam.

    Malah, dia turut menyeru orang ramai berubah ke arah yang lebih baik dan tidak memandang rendah terhadap kehidupan silam orang lain.

    “Jangan kira dosa pahala orang lain… semoga kita istiqamah dalam perjuangan diri sendiri. Hidup ini proses, bagi peluang diri sendiri… jangan tengok orang lain sebab tak ada satu pun yang sama dengan sesiapa, yang menulis ni haru-biru lagi tapi syukur bila Allah dah bagi.

    “Tak perlu jadi orang lain, kekal je apa yang ada cuma hidupkan proses, kalau dulu terselak sana sini, sekarang tutuplah. Mungkin yang muda tak rasa lagi tapi berdoalah bila tua ada rasa malu… harap sempat!

    “Kita berhak merubah diri kita sendiri… perlahan-lahan insyaAllah istiqamah, tak mudah dan tak susah kalau betul-betul nak berubah, kongsi kebaikan bukan bermakna dah baik tapi jangan pandang siapa yang menyampaikan tapi dengar apa yang disampaikan, tiap manusia ada sisi gelap, maka jom la putihkan tanpa merendahkan sesiapa,” tambahnya lagi. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda