Wednesday, November 27, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nora Ariffin masuk ICU akibat sesak nafas

    Penyanyi Datuk Nora Ariffin kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor akibat sesak nafas.

    Berita itu dikongsikan sendiri oleh suami Nora iaitu Dr Rushdi Ramli yang kemudiannya dikongsi oleh penyanyi Datuk Aishah di Instagram miliknya semalam.

    Rushdi dalam mesej berkenaan memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan isterinya itu.

    “Nora masuk ICU hospital KPJ Kajang kerana sesak nafas. Mohon doa ikhlas dari semua,” katanya.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu janji Manismu itu turut terkejut menerima berita tersebut dan mendoakan agar Nora atau Wan Norazah Wan Arin, 50, diberikan kesembuhan.

    “Allahuakbar adikku Nora… Mari kita panjatkan doa semoga memperoleh kesembuhan,” katanya.

    Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Aishah dan pengurus Nora berhubung keadaan terkininya tidak berjaya apabila panggilan telefon yang dibuat tidak dijawab. – Agensi

    Nora sedang dirawat di ICU. – hmetro
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda