Tuesday, December 31, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nora Ariffin syukur kembali jadi isteri yang sah

    Penyanyi Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa syukur urusan rujuk bersama suami iaitu Dr Rushdi Ramli sudah diselesaikan di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat, Selangor kelmarin.

    Dengan pengesahan itu, Nora atau Wan Norazah Arin, 52, memberitahu mereka kini kembali sah bergelar suami isteri dan me-nyifatkan segala ujian yang berlaku sebelum ini mempunyai hikmah.

    “Alhamdulillah, selesai kes rujuk depan hakim dan mahkamah. Kami suami isteri yang sah.

    Segalanya yang berlaku ada hikmahnya dan apabila perkara tidak baik terjadi kita boleh lihat sikap sebenar seseorang itu,” katanya yang dikongsi mStar.

    Dalam pada itu, Nora turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa muhasabah diri dan menerima segala baik dan buruk yang berlaku dalam kehidupan.

    Nora dan suami rujuk semula selepas dua bulan bercerai. – mStar

    “Kadang kala kita perlu melihat diri sendiri melalui proses muhasabah diri. Terima kasih Allah untuk segalanya.

    “Apa sahaja baik atau buruk, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita,” ujarnya.

    Pada 12 Ogos lalu, Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi rakaman video berdurasi 52 saat.

    Malah selepas video berkenaan dikecam ramai, Nora sempat membela bekas suaminya dan memaklumkan itu bukanlah atas kehendak suaminya, sebaliknya mengikut arahan seseorang.

    Selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, penyanyi lagu Desa Tercinta ini memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda