Thursday, January 9, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nora Danish terbuka hati berhijab

    Tampil dengan imej berhijab, pelakon Malaysia Nora Danish memberitahu salah satu faktor yang mendorong dirinya untuk berhijrah adalah kerana sering menghadiri majlis ilmu agama sejak Mei tahun lalu.

    Kata Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, dia sendiri merasa malu sekiranya masih tidak menutup memandangkan usianya sudah mencecah 40an.

    “Rakan baik saya, Betty Rahmad kerap menganjurkan majlis ilmu di kediamannya dan saya biasanya sebulan sekali akan ikuti jika tiada urusan lain.

    “Tetapi apabila pulang saya kadangkala malu terhadap diri sendiri kerana masih tidak berubah walaupun kerap mendengar ceramah agama.

    “Perkara itu sedikit sebanyak menjadi penyebab untuk saya melakukan perubahan ini,” katanya kepada mStar.

    Nora nekad untuk mengubah diri. – mStar

    Nora berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Perang Nasi Dagang yang diadakan di Wisma DBP, Kuala Lumpur pada Selasa.

    Dalam pada itu, Nora memberitahu ibunya iaitu Salimah Talib mengalirkan air mata selepas melihat perubahannya menutup aurat.

    Menurut Nora, sebelum ini ramai yang mendoakannya untuk kekal istiqamah namun belum bersedia untuk berkongsi tentang berita penghijrahan ini.

    “Ibu adalah orang pertama yang terkejut dan menitiskan air mata apabila melihat perubahan ini.

    “Ramai yang mendoakan sebelum ini tetapi saya belum bersedia nak berikan komen. Ini kerana saya pun masih baharu dan bimbang dituduh riyak.

    “Saya pun masih belajar dan perlahan-lahan untuk menjadi Muslimah lebih baik. Saya sedang cuba kerapkan diri untuk hadirkan diri ke majlis agama untuk dapatkan ilmu,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda