Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Nora fikir mati diserang gangguan kebimbangan

    Biarpun berdepan serangan gangguan kebimbangan (anxiety attack), aktres Nora Danish, 40, masih boleh mengawal keresahan dihadapinya.

    Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif berkata, masalah gangguan kebimbangan dihadapi mungkin kesan daripada pandemik COVID-19 dan pada masa sama, usia kini menjangkau 40 tahun.

    “Saya baru menghadapi serangan gangguan kebimbangan, baru-baru ini. Mungkin juga disebabkan faktor usia, saya lebih memikirkan soal kematian.

    “Hinggakan menaiki kapal terbang, saya terfikir mengenai kematian. Bayangkan, saya jadi takut dan fikir akan mati apabila serangan gangguan ini.

    “Perasaan resah hingga tahap saya menghubungi emak untuk menjaga anak-anak dan keluarga, selain buat wasiat mengenai harta yang ditinggalkan,” katanya kepada BH Online.

    Menyedari gangguan kebimbangan boleh memudaratkan, Nora cuba mengatasi masalah dengan membaca bahan bacaan positif. – The Star

    Menyedari gangguan kebimbangan itu boleh memudaratkan, Nora berkata, dia cuba mengatasi masalah dengan membaca bahan bacaan positif.

    “Saya tidaklah menjalani rawatan spesifik, tetapi saya lebih banyak membaca mengenai motivasi dan bagaimana menangani masalah gangguan kebimbangan.

    “Saya, seorang yang sangat emosional dan sensitif. Dua sifat ini boleh membuatkan saya banyak berfikir.

    “Sebenarnya overthinking ini membawa kepada keburukan, tetapi saya sifatkan ia sebagai superpower.

    “Saya berharap sifat banyak berfikir ini tidak menyakiti orang lain. Contohnya, suami balik lewat malam dan mula fikir apa yang dilakukan. Perkara ini boleh menyakiti hati suami dan meruntuhkan rumah tangga.

    “Jadi, saya cuba fikir positif dan menelefon suami bertanya mahu makan apa dan sebagainya. Tindakan ini membolehkan saya lebih menghargai orang sekeliling. Kena pandai tukar sudut pandang kepada perkara positif,” katanya.

    Pun begitu, Nora menafikan gangguan kebimbangan datang daripada komen warganet dalam media sosial. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...