Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nora mohon hentikan cerita palsu tentang dirinya

    Penyanyi Datuk Nora Ariffin memberi amaran kepada individu tidak bertanggungjawab untuk berhenti menyebarkan berita palsu mengenai dirinya.

    Nora atau Wan Norafiza Wan Ariffin, 52, berkata, dakwaan dia mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital adalah tidak benar.

    “Tolong abaikan. Tolong hentikan. Alhamdulillah saya baik-baik sahaja,” katanya ringkas.

    Nora berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin, lapor mStar.

    Dalam hantaran tersebut, Nora berkongsi sebuah poster yang memaparkan foto dia dan suami iaitu Dr Rushdi Ramli.

    Menerusi poster berkenaan tertulis Rushdi memohon orang ramai untuk mendoakan Nora kerana telah dikejarkan ke hospital.

    Dalam pada itu, Nora memberitahu sudah banyak iklan palsu yang berkait dengan dirinya telah disebarkan di media sosial.

    Tegas Nora, semua iklan yang dikongsi itu adalah tidak benar.

    “Dah banyak kali keluar gambar iklan ini, mengarut,” katanya. – Agensi

    Penyanyi Datuk Nora Ariffin serik dengan berita palsu berkaitan dirinya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda