Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nora sangka ajal sudah tiba

    Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema, Datuk Nora Ariffin, 50, menyangka ajalnya sudah tiba ketika dimasukkan ke sebuah hospital swasta, bulan lalu.

    Nora yang mendapat rawatan akibat demam dan sesak nafas berkata, dia reda jika nyawanya diambil berikutan pandangannya sudah putih, malah sempat memohon maaf pada suaminya, Dr Rushdi Ramli sebelum tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua hari.

    “Saya hanya fikir mati dan mengucap banyak kali. Ini kerana pandangan mata sudah putih, berkali-kali saya mohon maaf kepada suami dan minta dia redakan saya.

    “Tapi suami minta agar saya tak fikir bukan-bukan. Saya sangka umur tak panjang kerana selain mata jadi putih, dada saya juga sakit seperti ditarik-tarik.

    “Menurut doktor saya mengalami serangan jantung kecil akibat air berlebihan dalam badan kesan ‘drip’ yang diberikan di sebuah pusat rawatan sebelum berpindah ke hospital swasta di Kajang,” katanya kepada BH Online.

    Nora dirawat di hospital selama 11 hari berkata, dia dipantau tiga doktor pakar sepanjang tempoh itu.

    Katanya, dia merasakan umpama diberikan peluang kedua untuk hidup dan membuka mata untuk lebih menghargai pengorbanan suami dan anak-anak.

    “Bila diberi peluang kali kedua, saya nampak pengorbanan suami dan anak-anak.

    “Walaupun sibuk mengajar, tapi suami ambil alih tugas saya hantar dan uruskan anak bongsu ke sekolah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pes Secukup Rasa – Nora di Shah Alam, hari ini.

    Sementara itu, Nora berkata, walaupun insiden rawatan terlebih ‘drip’ meletakkan nyawanya dalam bahaya, namun enggan mengambil sebarang tindakan. – Agensi

    Nora bersyukur diberikan peluang kedua untuk hidup, sekali gus membuka mata untuk lebih menghargai pengorbanan suami dan anak-anak. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda