Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Norafifah juarai pertandingan pidato

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 9 Okt – Seramai lapan orang peserta berentap dalam Pertandingan Akhir Pidato anjuran Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong bersama komuniti Zon Aktif yang diadakan di Pentas Perayaan, kawasan lapang berdekatan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, baru-baru ini.

    Dalam pertandingan itu, johan telah disandang oleh Dayang Norafifah binti Haji Latif diikuti oleh Dayang Muslimah binti Mahadi di tempat kedua dan Dayang Haidatul Aleeyah binti Abdul Rashid di tempat ketiga.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain.

    Turut hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara Daerah Tutong, pemangku pengerusi Lembaga Bandaran Daerah Tutong dan ketua pegawai eksekutif Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong.

    Awang Shamsul Bahrin menyampaikan hadiah kepada Dayang Norafifah.
    Semasa pertandingan pidato itu dijalankan.

    Tema pidato yang disampaikan oleh peserta adalah menjurus kepada kegemilangan negara sejak pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Pertandingan berkenaan merupakan salah satu acara persembahan pentas bagi memeriahkan lagi Sambutan Jubli Emas Baginda Sultan Menaiki Takhta dan memberi peluang kepada belia-belia mengetengahkan kemahiran berpidato.

    Selain itu, melalui pertandingan pidato itu, ia juga akan dapat melahirkan kumpulan-kumpulan berpidato yang berpotensi dalam kalangan komuniti Zon Aktif sebagai pelapis generasi yang akan datang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda