Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Dayang Noraimah binti Kiprawi membawa pulang baucar membeli-belah bernilai $1,000 apabila terpilih sebagai pemenang utama kempen cabutan bertuah sempena ulang tahun Mothercare ke-24 dan Bebeland ke-20.
Manakala itu, hadiah ke-dua berupa baucar membeli-belah bernilai $600 dimenangi oleh Dayang Roney Maszuliana binti Haji Duahim dan Haji Abdul Hakim bin Besar di tempat ketiga membawa pulang baucar bernilai $400 sementara itu, 10 pemenang lain membawa pulang baucar membeli-belah bernilai $50 setiap seorang.
Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Bebeland cawangan Kiulap itu disempurnakan oleh Ketua Perniagaan Kad Bank Baiduri, Davern Lim.
Pelanggan yang membeli-belah di Mothercare dan Bebeland dengan jumlah pembelian tertentu dalam satu resit, layak untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah berkenaan yang diadakan dari pertengahan Ogos hingga awal September lalu dengan undian bagi cabutan terakhir dilakukan pada Jumaat lalu melalui Instagram.
