Sunday, October 6, 2024
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Noraniza Idris lebih fikirkan diri sendiri selepas ditipu

    Selepas berdepan dengan episod melukakan hati, penyanyi Malaysia, Noraniza Idris mengambil pendekatan menguatkan mentalnya sebelum kembali aktif dalam nyanyian.

    Memetik laporan mStar, Noraniza, 55, berkata, ketika beliau berdepan dengan cemuhan ramai ada di antara peminat turut menyumbang kepada suara-suara negatif sehingga memburukkan lagi keadaan.

    “Saya tak pernah fikir mengenai perkara itu… saya lebih fikir diri sendiri. Saya rasa tak adil.

    “Mereka dah tahu saya kena tipu… sepatutnya mereka menyebelahi saya tapi mereka bersama-sama orang yang mengecam saya.

    “Saya rasa tak adil sangat waktu itu… Baru saya nampak kenapa industri macam ini padahal saya ikhlas berkarya,” katanya kepada mStar.

    Noraniza berkongsi perkara itu ketika ditemui di Sidang Media Konsert Malam Amal Lagenda yang berlangsung pada petang kelmarin.

    Gara-gara kecaman yang diterima itu, beliau kecewa dengan ramai pihak yang tidak memahami situasinya sebagai mangsa penipuan.

    Lebih parah lagi apabila ramai orang menjauhkan diri malah beliau juga sukar mencari punca pendapatan sehingga membuatkan beliau melibatkan diri dalam perniagaan.

    “Masa itu saya lalui orang tak panggil saya untuk buat persembahan… orang takut dengan saya. Itu yang buat saya down dan saya kata tidak adil untuk orang yang ikhlas dalam industri seni ini.

    “Sebab itu saya fokus kepada perniagaan… memang saya tak fikir langsung fasal nyanyian,” ujarnya.

    Noraniza berkata, beliau masih belum sembuh sepenuhnya malah kejadian yang berlaku pada bulan kelahirannya akan terus segar di dalam ingatan.

    Katanya perasaan malu untuk berdepan dengan orang ramai masih lagi menghantui dirinya sehingga beliau berasa gemuruh semasa melakukan persembahan di atas pentas berbanding sebelum kejadian.

    “Insiden itu berlaku sekitar hari ulang tahun saya iaitu bulan Ogos memang saya akan ingat sampai bila-bila.

    “Nak kata pulih sepenuhnya itu belum lagi… saya masih lagi malu nak berjumpa dengan orang ramai.

    Pada September 2022, Noraniza mengambil keputusan menunda penganjuran persembahan terakhirnya sebelum bersara iaitu Konsert Malai Solo yang sepatutnya berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur.

    Kata Noraniza, beliau tidak menolak penangguhan konsert tersebut ada kaitan dengan isu penglibatannya bersama Skim Rumahku Syurgaku (RKSK) yang didakwa mempunyai unsur penipuan.

    Disebabkan isu tersebut semua perancangan konsert terganggu termasuklah menjejaskan penjualan tiket selain imej dan kredibilitinya tercalar. – Agensi

    Noraniza Idris anggap dunia hiburan tidak adil. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda