Friday, November 22, 2024
32.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Norish Karman terpaksa tolak tawaran berlakon

    Pelakon, Norish Karman, 50, mendedahkan terpaksa menolak banyak tawaran berlakon drama dan filem kerana masih diminta membuka tudung.

    Pelakon filem Sayang Salmah itu bagaimanapun tidak marah dengan permin-taan untuk buka tudung, sebaliknya, meng-anggap tiada rezeki untuk berlakon dalam drama dan projek filem berkenaan.

    “Apabila kita pilih akhirat, perkara seperti itu memang berlaku. Mungkin itu cara Allah hendak jaga saya.

    “Mungkin mereka juga ada sesuatu yang dimahukan daripada pelakon dan tidak ada pada saya sebab bertudung,” katanya ketika ditemui pada sidang media teater muzikal Sulalat ‘Us Salatin: Sebuah Kemaharajaan Maritim arahan Siti Rohayah Attan di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), semalam.

    Ditanya isu tudung lagi, kata Norish, ada juga pihak yang memintanya untuk buka tudung ketika menjayakan babak dalam penggambaran sahaja, lapor BH Online.

    “Susah bila kita cakap banyak orang kata kita ustazah. Saya juga mohon maaf pada mereka dan beritahu saya masih istiqamah dan tak berani lagi buat perkara macam itu,” katanya.

    Mengenai teater muzikal Sulalat ‘Us Salatin, Norish yang bertudung sejak 2018 berkata, antara sebab dia terima tawaran berlakon teater itu adalah kerana penerbit dan pengarah, Siti Rohayah atau Kak Roy tidak memintanya membuka tudung.

    “Sejak tujuh tahun lalu, saya sedih kerana asyik dapat tawaran berlakon yang minta saya buka tudung. Tawaran berlakon dalam teater muzikal ini saya sambut dengan gembira untuk kembali ke pentas teater.

    “Kali terakhir, saya berlakon teater menerusi Teater Terima Kasih Cinta, kira-kira 13 tahun lalu,” katanya. – Agensi

    Norish tidak marah dengan permintaan untuk buka tudung, sebaliknya, menganggap tiada rezeki untuk berlakon dalam drama dan projek filem berkenaan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda