Sunday, April 13, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Norlisa menang hadiah utama tiket umrah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Bagasi yang dipilih oleh Dayang Norlisa binti Kunchil telah membawa tuah kepada beliau apabila bagasi tersebut merupakan hadiah tempat pertama dalam Kempen Jom Raya, Jom Belayar anjuran Setia Motors.

    Beliau ketika ditemu bual di majlis undian dan penyampaian hadiah kempen berkenaan yang berlangsung di Bilik Pameran Hyundai Bunut, hari ini, masih merasa terkejut dengan hadiah yang dimenangi berupa tiket umrah untuk dua orang.

    Selain mengongsikan tidak mengetahui akan adanya Kempen Jom Raya, Jom Belayar yang mana beliau membeli sebuah kereta Hyundai Venue pada bulan Februari lalu, memilih Hyundai setelah mendapatkan komen daripada keluarga terdekat dan kawan-kawan yang memiliki kereta Hyundai yang memberi respons memuaskan mengenai jenama kereta berkenaan.

    Menyentuh mengenai dengan hadiah yang dimenangi, berita menggembirakan itu adalah sebagai hadiah istimewa dan rezeki untuk keluarga sempena Hari Raya Aidilfitri dan beliau berterima kasih kepada Setia Motors kerana memberikan peluang kepada pelanggannya untuk merayakan sambutan Hari Raya dengan lebih bermakna dan gembira.

    Majlis tersebut menyaksikan 15 pelanggan bertuah Setia Motors yang telah menyertai dalam Kempen Jom Raya, Jom Belayar dari 1 Februari hingga 31 Mac lalu pulang dengan hadiah berupa tiket penerbangan.

    Hadir menyampaikan hadiah kepada lima pemenang teratas, Pengurus Besar Setia Motors, James Chin dan Pengurus Jualan Setia Motors, Zen Thea telah menyampaikan hadiah kepada 10 pemenang bertuah yang juga berupa tiket penerbangan dalam kempen berkenaan.

    Di majlis itu, tempat kedua telah dimenangi oleh Dayang Nora binti Haji Mat Amit yang membawa pulang tiket ke London untuk dua orang dan diikuti tempat ketiga, Dayang Siti Basyirah binti Haji Marzuki yang membawa pulang tiket ke Turkiye juga untuk dua orang.

    Sementara tempat keempat dan kelima masing-masing membawa pulang hadiah tiket untuk dua orang ke Australia dan Korea.

    Setia Motors mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan kepada pelanggan yang menyertai Kempen Jom Raya, Jom Belayar yang mana kempen itu adalah sebagai memberi penghargaan kepada sokongan berterusan pelanggan.

    Gambar ramai 15 pelanggan bertuah Setia Motors yang menyertai kempen berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Dayang Norlisa membawa pulang tiket umrah untuk dua orang. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda