Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Norma baharu namun tetap waspada

    WASHINGTON – Ketika ibu kota Washington mengambil langkah kecil pertama untuk pembukaan semula Jumaat lalu, ancaman wabak koronavirus yang berterusan masih ada.

    Menunjukkan kad pengenalan tidak mencukupi di Taman Dacha Beer di kawasan kejiranan Washington. Pelanggan perlu menjawab beberapa pertanyaan mengenai kemungkinan terdedah kepada COVID-19 dan sama ada mereka menunjukkan gejala.

    “Sila pakai penutup mulut dan hidung anda apabila anda tidak makan atau minum,” kata Amy Symonds kepada pelanggannya, memberikan beberapa peraturan dan mencatat nombor telefon pelanggan sebelum mereka dibawa ke tempat duduk yang memenuhi peraturan penjarakan sosial.

    “Ia adalah baik untuk mempunyai tahap normal kembali,” kata Jeff Gullo, yang merupakan salah seorang pelanggan pertama yang beratur masuk. Lima belas minit selepas kedai dibuka, hampir berpuluh-puluh orang telah duduk di sebuah kedai makan yang terkenal.

    Tetapi daerah Colombia secara perlahan-lahan dibuka semula selepas perintah duduk di rumah selama tiga bulan telah dilonggarkan, tetapi tidak semua orang bersedia untuk kembali kepada keadaan normal seperti sebelum wabak.

    Pekerja restoran, Amy Symonds meminta kad pengenalan dan mencatat nombor telefon pelanggan sebelum dibawa ke tempat duduk khusus.- AP
    Pekerja kedai melekatkan tanda peringatan untuk sentiasa mematuhi jarak sosial.- AP

    Kedai-kedai gunting rambut dan salon kecantikan mengalu-alukan kembali pelanggan selepas beberapa bulan ditutup. Perniagaan yang kurang penting, ditutup sejak akhir bulan Mac, mula kembali beroperasi. Dan restoran-restoran telah beroperasi hanya dengan menawarkan perkhidmatan bawa balik makan kini mulai membenarkan tempat duduk di luar dengan jumlah yang terhad.

    Dari luar, salon rambut Randolph Cree di kawasan komersial Pasar Timur, Washington DC kelihatan masih ditutup.

    Tetapi di dalam dan di kawasan atas, seorang pengunjung sedang duduk di kerusi dan seorang juruwang berada di belakang pelindung plastik dan tiga orang pendandan rambut memakai penutup muka dan hidung sedang mengunting rambut pelanggan.

    “Kini orang tahu bahawa kami sudah dibuka, telefon kami sentiasa berdering,” kata Michael, seorang pekerja salon yang enggan memberikan namanya terakhirnya. ”Semua orang dalam mod yang sangat baik setakat ini. Dengan memberikan potongan rambut yang cantik boleh mempengaruhi perasaan anda terhadap diri sendiri.”

    Jarak beberapa buah kedai, Christine Arnold tidak pasti bahawa dengan membuka semula sebahagian kedai akan membantu mereka.

    Butik Paris Blue yang aksesorinya diimport dari Perancis miliknya mampu bertahan semasa perintah berkurung dengan beberapa keringanan daripada tuan tanah dan pembelian barang sempena Hari Ibu oleh pelanggan setia.

    “Saya hanya berharap dapat terus berniaga. Banyak tempat yang tidak berniaga, ia tertakluk kepada budi bicara tuan tanah,” katanya.

    Washington tetap menjadi perhatian utama wabak tersebut. Terdapat 263.2 kes baharu per 100,000 orang di daerah Colombia selama dua minggu terakhir, yang menduduki tempat pertama di negara ini untuk kes baharu per kapita.

    Lebih 8,500 orang di daerah tersebut diuji positif koronavirus, dan seramai 460 penduduk di sana telah meninggal dunia.

    Di seluruh ibu negara – dan kempat daerah Virginia yang dibuka semula mengikut jadual yang sama – pemilik perniagaan dan pelanggan mereka mempertimbangkan langkah selanjutnya.

    Jumaat lalu, hanya sebuah daripada puluhan meja di cawangan Bushboys dan Poets di kawasan kejiranan Bookland, Washington telah diisi lewat pagi, sementara lapan kumpulan berbeza menunggu untuk pesanan makanan bawa balik.

    Andy Shallal, yang memiliki tujuh cawangan restoran, telah bersedia untuk dibuka semula sejak berminggu-minggu. Tetapi beberapa orang pemilik perniagaan mengambil langkah berhati-hati.

    “Saya terus terang tidak pasti kenapa (kedai gunting rambut) berada di fasa pertama,” kata Ryan Mitchell, sebahagian dari pemilik salon rambut St Martin di kawasan kejiranan Mount Pleasant, Washington.

    “Semua orang mahu menganggap ia sudah berakhir. Saya tidak ada sebab untuk memikirkannya”. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda