Normal baharu bagi si tukang gunting rambut

KUALA LUMPUR – Kedai gunting dan salon rambut di Malaysia telah dibuka semula kepada orang ramai baru-baru ini, buat kali pertama setelah hampir tiga bulan setelah kerajaan mengurangkan langkah-langkah sekatan terhadap COVID-19.

Walau bagaimanapun, tukang gunting rambut dan pelanggan perlu membiasakan diri dengan langkah dan syarat ketat yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mencegah lonjakan kes baharu.

Tukang-tukang gunting rambut dan pakar kecantikan dikehendaki untuk memakai penutup mulut dan hidung, pelindung muka dan sarung tangan. Alat pelindungan mesti diganti secara kerap, dan berkongsi penggunaan tuala adalah dilarang sama sekali.

Para pelanggan dimestikan untuk memeriksa suhu badan, kontak mereka dicatat dan mesti memakai penutup mulut dan hidung. Kebanyakan tukang gunting rambut hanya memberikan khidmat mengunting rambut sahaja pada masa ini.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, memotong rambut adalah keutamaan ketika Malaysia mengurangkan lebih banyak sekatan baru-baru ini untuk membenarkan aktiviti sosial dan ekonomi untuk dibuka semula. Kedai gunting rambut dan salon telah diarahkan untuk ditutup oleh kerajaan sejak 18 Mac untuk membendung virus.

Tukang gunting rambut kini dimestikan untuk memakai penutup mulut dan hidung, pelindung muka dan sarung tangan. – Xinhua
Sebelum memasuki kedai gunting, suhu badan pelanggan mesti diperiksa terlebih dahulu. – Xinhua

Sebuah kedai gunting di Kuala Lumpur, seorang penduduk tempatan yang ingin dikenali sebagai Mr Tee telah memotong rambutnya buat kali pertama dalam tempoh tiga bulan. “Ia menyegarkan,” katanya.

Tee berkata dia tidak risau mengenai risiko kerana kedai gunting telah mengikut Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan oleh kerajaan. “Mereka telah melakukan semburan pembasmi kuman, memeriksa suhu badan saya dan memakaikan saya pakaian perlindungan pakai buang, jadi saya rasa cukup selamat,” katanya.

Raj, seorang tukang gunting rambut, berkata lebih dari 30 orang pelanggan telah datang sebelum waktu tengah hari. “Kami telah tutup untuk tempoh yang panjang, jadi ramai orang yang datang hari ini,” katanya, dan mengakui bahawa ia adalah tidak mudah untuk bekerja dengan menggunakan sarung tangan dan penutup mulut dan hidung.

Media tempatan melaporkan bahawa beberapa buah kedai telah ditempah selama dua minggu dan beberapa rangkaian utama menerima sambutan yang luar biasa. Tetapi keadaannya tidak meluas, kerana langkah berhati-hati dan keselesaan telah menyebabkan sesetengah orang masih tidak mahu pergi ke kedai gunting.

Ng Yen Teng, yang mengendalikan salun rambut bersama keluarganya di Selangor, berkata dia menjangkakan perniagaan akan perlahan.

“Orang ramai secara umumnya masih enggan (untuk mengunting rambut) tetapi kami mempunyai beberapa orang pelanggan tetap yang datang ke sini dengan membuat perjanjian. Kami terpaksa menanggung kos pakaian pelindungan dan bahan-bahan lain untuk mengekalkan harga yang sama bagi pelanggan kami.

Malaysia mencatatkan hanya dua kes baharu COVID-19 baru-baru ini, hari ketiga berturut-turut angka tunggal peningkatan dan terendah sejak akhir Februari. Jumlah kes yang disahkan kekal kepada 8,445 orang dengan angka kematian seramai 120 orang.

Namun, sebilangan rakyat Malaysia mengambil keputusan untuk menunggu lebih lama. Mereka juga mengatakan ia memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan normal baharu termasuk harus memakai pakaian pelindung untuk memotong rambut dan harus menghabiskan lebih banyak untuk perkhidmatan itu. – Xinhua