Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Norreen Iman dituduh perguna Bik Anah?

    Pelakon dan personaliti media sosial dari Malaysia, Norreen Iman menyangkal dakwaan dia mengambil kesempatan terhadap pembantu rumah warganegara Indonesia untuk mengaut keuntungan.

    Norreen, 30, sebaliknya menjelaskan dia hanya ingin membantu wanita dikenali sebagai Bibik Anah itu menjana pendapatan lebih dengan bakat memasak dimilikinya.

    “Ada yang cakap saya gunakan Bik Anah. Ya betul, saya gunakan dia untuk kayakan dia.

    “Dekat kampung dulu, dia ‘masyuk’ jual cilok dan madu tapi selepas suaminya tak sihat, dia terpaksa menjaga suaminya pula,” katanya memetik laporan mStar.

    Norreen berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok pada Jumaat.

    Norreen rela bayar lebih untuk Bik Anah. – ohbulan.com

    Tiada niat tersembunyi, Norreen menegaskan dia hanya sekadar ingin membantu wanita berkenaan kerana bersimpati dengan kepayahan dilaluinya.

    Cerita Norreen, Bik Anah berkorban dengan merantau ke Malaysia untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan dan rawatan suami serta anak perempuan mereka di Indonesia.

    “Anak perempuannya dekat kampung, Hafizah. Pelajar terbaik malah dapat biasiswa penuh dan boleh pilih nak belajar dekat mana.

    “Tapi anaknya pilih untuk tidak menyambung pengajian sebab mahu menjaga bapanya yang sakit.

    “Sebab katanya dekat mana-mana pun boleh belajar Al-Quran. Masya-Allah! Jadi Bik Anah datang ke Malaysia untuk menyara suami dan anak,” jelasnya.

    Bercakap mengenai perniagaan makanan ringan cilok, Norreen menjelaskan keuntungan dikongsi bersama memandangkan dia mengeluarkan modal untuk perniagaan tersebut.

    Malah katanya, Bik Anah semakin bersemangat memasak juadah asal Indonesia itu selepas mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda