Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Norris catat masa terpantas sesi latihan pertama GP Azerbaijan

    BAKU, 19 SEPT – Pelumba McLaren, Lando Norris tampil cemerlang apabila mencatat masa terpantas pada sesi latihan pertama Grand Prix (GP) Azerbaijan yang berlangsung dalam keadaan penuh drama dan beberapa kali dihentikan dengan bendera merah, hari ini.

    Norris, 25, yang kini ketinggalan 31 mata dalam perebutan kejuaraan dunia, merekodkan catatan terbaik satu minit 42.704 saat sekali gus mengatasi rakan sepasukan dan pendahulu keseluruhan, Oscar Piastri, 24, dengan kelebihan 0.310 saat.

    Jika keputusan 1-2 itu berulang pada perlumbaan utama Ahad ini, McLaren bakal mengesahkan gelaran konstruktor buat kali kedua berturut-turut, sementara kedua-dua pelumba pasukan itu akan terus bersaing merebut kejuaraan individu tanpa bayangan arahan pasukan.

    Charles Leclerc dari Ferrari menamatkan sesi di tempat ketiga, separuh saat di belakang, diikuti George Russell dari Mercedes di kedudukan keempat. Alex Albon dari Williams pula di tempat kelima, mendahului Yuki Tsunoda dan juara dunia empat kali, Max Verstappen dari Red Bull.

    Carlos Sainz dari Williams berada di kedudukan kelapan manakala pasangan Racing Bulls, Liam Lawson dan Isack Hadjar, masing-masing melengkapkan kelompok 10 terbaik.

    Sesi itu turut menyaksikan Kimi Antonelli dari Mercedes menamatkan saingan di tempat ke-11, manakala juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton, berada di tangga ke-13 selepas berdepan insiden melanggar penghadang sebelum kembali meneruskan perlumbaan dengan kerosakan kecil pada jentera. – AFP

    Lando Norris memandu di lorong pit semasa sesi latihan GP Azerbaijan F1 di Litar Baku City di Baku pada 19 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda