Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Norris takluk GP Hungary

    BUDAPEST, 4 OGOS – Lando Norris berjaya mengekang rakan sepasukan Oscar Piastri untuk memenangi Grand Prix Hungary kelmarin sekali gus meneruskan dominasi McLaren musim ini.

    George Russell dari Mercedes menduduki tempat ketiga ketika McLaren meraikan kemenangan ke-200 mereka dalam perlumbaan Formula Satu (F1), lebih separuh abad sejak kemenangan pertama dan mencatatkan kejayaan 1-2 kali keempat berturut-turut tahun ini.

    Norris, yang menggunakan strategi satu hentian, berjaya menahan asakan Piastri yang menggunakan tayar lebih baharu dan melintasi garisan penamat hanya tujuh per sepuluh saat di hadapan.

    Dengan kemenangan itu, Norris kini hanya sembilan mata di belakang Piastri dalam kejuaraan pemandu sebelum rehat pertengahan musim F1.

    “Saya penat, ia sangat mencabar!” kata Norris.

    Pemandu Britain McLaren, Lando Norris, menjulang trofinya sambil meraikan di atas podium selepas memenangi Grand Prix Formula Satu Hungary di litar Hungaroring di Mogyorod, berhampiran Budapest, Hungary, pada 3 Ogos. – AFP
    Lando Norris berjaya mengekang rakan sepasukan Oscar Piastri untuk memenangi Grand Prix Hungary sekali gus meneruskan dominasi McLaren musim ini. – AFP

    “Saya tak merancang untuk strategi satu hentian.

    “Babak terakhir sangat sukar dengan Oscar makin menghampiri, saya terpaksa memandu sepenuh tenaga, sebab itu suara saya pun hilang sikit.

    “Tapi rasa sangat baik dan lebih memuaskan kerana usaha keras itu. Satu keputusan yang hebat hari ini.”

    “Saya menekan sehabis daya, kini saya tak sabar untuk bercuti beberapa minggu,” ujar Piastri.

    “Saya nampak Lando hanya buat satu hentian, jadi saya tahu saya perlu memotong di litar, tapi itu bukan sesuatu yang mudah dilakukan di sini,” tambah pelumba Australia itu merujuk kepada litar yang digelar ‘Monaco tanpa dinding’ kerana kurangnya ruang untuk memotong.

    “Semua orang pasti tidur lena malam ini, satu cara terbaik untuk mengakhiri separuh musim. Kedua-dua pemandu kami hebat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif McLaren, Zak Brown.

    Pelumba petak hadapan, Charles Leclerc berang dengan strategi pasukan Ferrari apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat, meninggalkan Ferrari terus menunggu kemenangan pertama musim ini.

    Fernando Alonso yang berlumba walaupun mengalami sakit belakang, bersaing sengit dan menamatkan perlumbaan di tempat kelima buat Aston Martin, diikuti Gabriel Bortoleto (Sauber), Lance Stroll (Aston Martin) dan Liam Lawson (Racing Bulls).

    Max Verstappen, dalam perlumbaan ke-200 bersama Red Bull, terpaksa berpuas hati di tempat kesembilan manakala Kimi Antonelli melengkapkan kedudukan 10 teratas. Lewis Hamilton hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 bagi Ferrari kedua. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    Berita Berkaitan

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    Barca menang bergaya atasi Athletic, rasmikan stadium Camp Nou

    BARCELONA, 23 NOV - Barcelona kembali dengan penuh gemilang...

    Pogba kembali beraksi setelah lebih 2 tahun

    PARIS, 23 NOV- Paul Pogba yang telah lama dinanti-nantikan...

    Terkini

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    WASHINGTON, 23 NOV - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada...

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    YANGON, 23 NOV - Tentera Myanmar berkata hari ini,...

    Siklon tropika Fina landa Utara Australia

    SYDNEY, 23 NOV - Penduduk Wilayah Utara Australia mula...