Friday, September 20, 2024
34.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Norris ungguli petak pertama

    BUDAPEST, 21 JULAI – Pasangan pemandu McLaren, Lando Norris dan Oscar Piastri mengungguli barisan hadapan Grand Prix (GP) Hungary di hadapan pendahulu Formula 1 (F1), Max Verstappen, selepas sesi kelayakan, kelmarin.

    Norris mengungguli kedudukan pertama dalam karier ketiganya bersama rakan sepasukan yang berada di belakangnya ketika dia menyasarkan kemenangan kedua musim ini. Norris menang di Miami Mei lalu dan telah menghampiri satu lagi kemenangan dengan empat penamat podium sejak itu. Dia mendapat petak pertama di Sepanyol bulan lalu dan di Rusia pada 2021.

    “Kami telah memasuki hujung minggu ini dengan sedikit keyakinan untuk bersaing bagi meraih petak pertama,” kata Norris. “Kami berada pada kedudukan terbaik dalam apa jua keadaan yang kami tempuhi.”

    GP Hungary menandakan permulaan separuh kedua musim ini, di mana ia kelihatan akan menjadi lebih sengit daripada perlumbaan pembukaan.

    Verstappen, yang akan bermula dari petak ketiga telah menang di Hungaroring sejak dua tahun lalu walaupun tidak bermula dari petak pertama. Manakala pada 2022 dia telah memenangi daripada permulaan pada petak ke-10.

    Tetapi pemandu Belanda itu mengakui McLaren telah memberikan Red Bull ujian paling sengit dalam tiga musim lalu.

    “Saya telah cuba. Sepanjang hujung minggu kami agak ketinggalan dan begitulah keadaannya dalam kelayakan. Ia tidak mencukupi, dan sukar untuk menentukan sebabnya,” kata Verstappen. “Saya suka persaingan, tetapi saya ingin berada di tempat yang teratas dalam persaingan. Tetapi pada masa ini saya rasa kami mengejar dan saya tidak akan berundur daripada persaingan.”

    Ia adalah penamat kedudukan pertama dan kedua yang pertama kali dalam kelayakan untuk McLaren dalam tempoh 12 tahun. – AP

    Aksi Piastri semasa memandu keretanya diikuti Norris pada kelayakan menjelang perlumbaan kereta F1 GP Hungary di litar lumba Hungaroring di Mogyorod, Budapest, Hungary pada 20 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda