Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Northvolt bangunkan bateri natrium-ion baharu untuk EV

    STOCKHOLM, 21 NOV – Syarikat kumpulan bateri, Northvolt hari ini berkata ia telah membangunkan bateri natrium-ion baharu, satu teknologi yang kurang menggunakan mineral penting yang boleh mengurangkan kebergantungan terhadap China.

    “Dunia meletakkan harapan tinggi ke atas natrium-ion dan saya gembira untuk mengatakan bahawa kami telah membangunkan satu teknologi yang membolehkan penggunaan yang meluas untuk mempercepatkan peralihan tenaga,” menurut CEO Northvolt, Peter Carlsson dalam satu kenyataan.

    Bateri natrium-ion yang dianggap lebih murah dan alternatif lebih selamat kepada bateri litium-ion yang digunakan secara meluas dalam kedua-dua kenderaan elektrik (EV) dan elektrik tetapi ia menimbulkan risiko kebakaran sekiranya rosak.

    Meskipun teknologi natrium-ion telah digunakan sejak berdekad-dekad, namun ia ketinggalan di belakang bateri litium-ion dari segi persembahan, dan ia tidak mampu menyediakan julat yang setanding dengan EV.

    Namun ia telah memperbaharui minatnya dalam teknologi kerana bateri natrium-ion boleh dihasilkan tanpa memerlukan logam mahal tertentu yang pemprosesannya didominasi oleh China, seperti kobalt dan litium, yang digunakan dalam bateri yang memberikan kuasa kepada kebanyakan EV dan produk pengguna seperti telefon pintar.

    Pada 2021, syarikat bateri EV gergasi China, CATL mengumumkan generasi pertama bateri natrium-ion mereka.

    Northvolt berkata sel bateri baharunya ‘lebih selamat, kos efektif, dan mampan berbanding kimia nikel, mangan dan kobalt (NMC) atau besi fosfat (LFP) konvensional,” sambil dihasilkan dengan ‘mineral seperti besi dan natrium yang banyak di pasaran global’.

    “Kos dan keselamatan yang rendah pada suhu tinggi menjadikan teknologi ini sangat menarik untuk penyelesaian penyimpanan tenaga di pasaran yang akan datang termasuk India, Timur Tengah dan Afrika,” kata Northvolt.

    Syarikat itu berkata sel baharu mempunyai kapasiti 160 watt-jam per kilogram. – AFP

    Kereta elektrik dibangunkan di sebuah kilang di Austin, Texas, Amerika Syarikat. Northvolt berkata ia telah membangunkan bateri natrium-ion baharu, satu teknologi yang kurang menggunakan mineral penting yang boleh mengurangkan kebergantungan terhadap China. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda