Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Norway beli lima kapal frigat British, perkukuh pertahanan laut

    LONDON, 1 SEPT – Norway telah bersetuju untuk membeli kira-kira lima kapal anti-kapal selam baharu buatan British dalam satu perjanjian bernilai 10 bilion pound, ketika kedua-dua negara memperkukuh kerjasama bagi menangkis operasi Rusia di perairan sepanjang utara NATO.

    Kelmarin, kedua-dua negara menyatakan Britain akan membekalkan Norway dengan frigat Type 26, mewujudkan pasukan bersama yang terdiri daripada lapan kapal British dan lima kapal Norway tersebut akan beroperasi bersama di Eropah Utara.

    “Tentera laut kami akan beroperasi sebagai satu, memimpin laluan dalam NATO, dengan perjanjian itu akan meletakkan lebih banyak kapal perang bertaraf dunia di Lautan Atlantik Utara untuk memburu kapal selam Rusia, melindungi infrastruktur kritikal kami dan memastikan keselamatan kedua-dua negara,” kata Setiausaha Pertahanan British, John Healey dalam satu kenyataan.

    Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022 telah mendorong anggota NATO di Eropah meningkatkan perbelanjaan pertahanan berikutan kebimbangan bahawa mereka mungkin menjadi sasaran Moscow seterusnya. – AP

    Jonas Gahr Store semasa mengumumkan status pembelian kapal frigat daripada United Kingdom di Pejabat Perdana Menteri di Oslo pada 31 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda