Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Norway henti ambil anak angkat dari empat negara Asia

    COPENHAGEN, 16 JAN – Norway menangguhkan pengambilan anak angkat dari Filipina, Thailand, Taiwan dan Korea Selatan sementara menunggu siasatan terhadap beberapa kes yang didakwa menyalahi undang-undang, lapor sebuah akhbar Norway hari ini.

    Direktorat Hal Ehwal kanak-kanak, Belia dan keluarga Norway memberitahu akhbar VG bahawa keluarga yang telah diberikan hak anak dari Filipina, Thailand atau Taiwan akan dibenarkan menyelesaikan proses pengambilan anak angkat, tetapi hanya setelah penilaian oleh agensi tersebut.

    Pasangan yang menerima kelulusan untuk mengambil anak angkat dari Korea Selatan juga akan dibenarkan untuk meneruskan walaupun mereka belum ditemukan dengan kanak-kanak terbabit, kata akhbar itu.

    Majoriti kanak-kanak yang diangkat di Norway berasal dari Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Filipina dan Colombia, menurut statistik kebangsaan.

    Ketua Direktorat, Hege Nilssen, mengatakan awal bulan ini, pemeriksaan terhadap sistem pengambilan anak angkat diperlukan berikutan laporan media mengenai pengambilan tidak sah.

    VG melaporkan bahawa beberapa orang kanak-kanak di Filipina dijual dan diberi sijil kelahiran palsu.

    “Risiko pemalsuan dokumen begitu besar sehingga kita tidak dapat memastikan bahawa keselamatan undang-undang kanak-kanak dilindungi,” VG memetik direktorat sebagai berkata dalam mengumumkan penggantungan adopsi dari empat negara. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...