Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Norway tamatkan kontrak helikopter NH90

    COPENHAGEN, DENMARK, 10 JUN — Anggota NATO, Norway telah menamatkan kontraknya selama dua dekad bagi 14 helikopter maritim NH90, dengan alasan kelewatan, kesilapan dan penyelenggaraan yang memakan masa. Ia akan memulangkan helikopter dan mahukan bayaran balik penuh hampir AS$525 juta yang telah dibayarnya, kata menteri pertahanan kelmarin.

    “Malangnya kami telah mencapai kesimpulan bahawa tidak kira berapa jam juruteknik kami bekerja, dan berapa banyak bahagian yang kami tempah, ia tidak akan menjadikan NH90 mampu memenuhi keperluan Angkatan Tentera Norway,” kata Bjorn Arild Gram.

    Helikopter itu dicipta pada pertengahan 1990an oleh NHIndustries, perkongsian antara tiga syarikat Eropah yang berpangkalan di Aix-en-Provence, Perancis. Ia digunakan oleh banyak negara. Norway menempah 14 buah helikopter bagi tugas pengawal pantai dan antikapal selam pada 2001, kata Angkatan Tentera. Ia pada asalnya dijadualkan bagi penghantaran pada akhir tahun 2008. Sehingga hari ini, hanya lapan telah dihantar dalam konfigurasi beroperasi sepenuhnya.

    Pada Februari lalu, Kementerian Pertahanan Norway meminta agar semakan menyeluruh terhadap keupayaan helikopter maritim negara itu dijalankan. Semakan tersebut menyimpulkan bahawa walaupun dengan pelaburan kewangan tambahan yang ketara, ia tidak mungkin membawa prestasi dan ketersediaan NH90 ke tahap yang akan memenuhi keperluan Norway. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...