Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Kapal Norwegian Jewel yang berasal dari Kepulauan Bahamas di Caribbean dan membawa seramai 2,302 orang penumpang dan 1,030 anak kapal telah membuat pelayaran pertama bersejarah ke Brunei dengan berlabuh di Pusat Kapal Pelayaran, Pelabuhan Muara, hari ini.

Ketibaan kapal berkenaan menandakan satu lagi mercu tanda bagi industri pelancongan Negara Brunei Darussalam di mana ia memberikan peluang bagi penumpang-penumpang kapal berkenaan untuk menerokai keindahan serta budaya negara.
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.