Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Norwegian Jewel kembali ke Brunei

    Oleh Salawati Haji Yahya –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Kapal persiaran Norwegian Jewel kembali ke Pusat Kapal Pesiar, Pelabuhan Muara hari ini. 
     
    Ketibaan yang dinanti-nantikan selepas persinggahan yang pertama pada 6 November lalu telah menunjukkan pertumbuhan bermakna bagi Brunei Darussalam dalam pelayaran pelancongan dunia.
     
    Norwegian Jewel, yang belayar dari Thailand, berlabuh di negara ini dengan membawa seramai 2,403 penumpang dan 1,035 anak kapal.
     
      Para pelancong diberikan peluang menerokai mercu-mercu tanda terkenal negara termasuk Muzium Alat Kebesaran Diraja, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien dan Istana Nurul Iman selain menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman tempatan serta memperoleh cenderahati tradisional Brunei.
     
    Salah seorang penumpang dari Denmark, Jam Villensteen ketika ditemui berkata, beliau berasa teruja untuk bertemu dan berinteraksi dengan penduduk tempatan selain itu, penduduk yang ditemui mempunyai sifat ramah dan mesra dengan pelancong.
     
    Manakala itu, Angle Cabrera dari Tustin, California, pula memuji keindahan pakaian tradisional Brunei, sementara Susan Paras dari Ilinois menyatakan minat dalam sejarah industri minyak dan gas Brunei.
     
    Negara Brunei Darussalam bersedia untuk mengalu-alukan satu lagi kapal persiaran tahun ini, dengan sebuah kapal persiaran Norwegian Jewel yang dijangka belayar ke perairan negara pada 4 Disember depan dan ia akan menjadi kapal persiaran terakhir yang tiba di Brunei bagi tahun ini.
     
    Jam Villensteen ketika ditemui media. – GAMBAR SERAHAN JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN
    Kapal persiaran Norwegian Jewel sekali lagi berlabuh di Pelabuhan Muara kelmarin. – GAMBAR SERAHAN JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda