Oleh Salawati Haji Yahya – BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Sektor pelancongan Brunei Darussalam yang berkembang pesat terus melakar peristiwa penting apabila kapal persiaran mewah Norwegian Sky buat kali ketiga membuat persinggahan ke negara ini dari Phu My, Vietnam. Kapal yang membawa 1,899 penumpang dan 862 kru itu akan meneruskan pelayaran ke Kota Kinabalu,

