LONDON, 26 APRIL – Pasukan Norwich City yang bergelut dalam Liga Perdana Inggeris, mempertahankan tindakan mereka untuk menggunakan skim kerajaan membenarkan kakitangan untuk mengambil cuti bagi 200 kakitangan mereka selepas musim ini digantung kerana pandemik koronavirus.
Dengan kebanyakan industri di Britain ditutup kerana koronavirus, kerajaan UK telah melancarkan skimyang mana 80 peratus dari gaji maksimum 2,500 pound sebulan akan dijamin semasa krisis ekonomi disebabkan oleh pandemik.
Norwich, yang berada di tangga terbawah liga semasa kempen digantung, dan Newcastle adalah kelab-kelab Liga Perdana Inggeris yang kini menggunakan skim pengekalan pekerjaan.
Bournemouth, Liverpool dan Tottenham Hotspurs masing-masing telah membuat pusingan U kerana bantahan selepas sebelumnya mengumumkan mereka juga turut akan mengambil kesempatan ke atas skim itu.
Norwich berkata penggantungan bola sepak telah menyebabkan kerugian sekitar 18 hingga 35 juta pound.

“Keputusan yang kami ambil adalah bagi kepentingan kelab dan kakitangannya,” ketua pegawai operasi, Ben Kensell memberitahu BBC Radio Norfolk.
“Kami sangat telus bahawa kami menjalankannya dengan cara yang dibiayai sendiri.
“Kami menjana perolehan sekitar 123 juta pound – 93 juta pound dijana dari hak penyiaran, dan kami membelanjakan 125 juta pound pada tahun ini – dan begitu kami menjalankan kelab ini.
“Jika kami mempunyai aliran kewangan untuk tidak mengambil skim, seperti kelab bola sepak yang lain, kami akan melakukannya.”
The Canaries berharap untuk menjana 2.5 juta simpanan dan bersetuju dengan pihak berkuasa cukai Britain untuk menunda pembayaran sebanyak 18 juta pound.
Pemain-pemain Nowich tidak mengikut langkah pasukan profesional lain seperti Watford, Sheffield United, Southampton atau West Ham yang bersetuju menunda atau mengambil pemotongan gaji seperti yang dipersetujui oleh skuad Arsenal. – AFP