Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Noryn Aziz kembali aktif

    SEBAIK sahaja penyanyi berpengalaman Noryn Aziz membuat kemunculan semula, banyak pihak mula mencetuskan spekulasi termasuk membabitkan kehidupan peribadinya.

    Ada yang mendakwa dia kini berhadapan dengan masalah rumah tangga dan sudah bercerai.

    Noryn yang memulakan kerjaya dengan kumpulan Sister-Sister menegaskan dia masih isteri orang.

    “Ada banyak sebab saya kembali aktif. Hakikatnya saya tidak pernah berhenti menyanyi. Cuma, sebaik melahirkan Raja Bariq Umar Shah, 4, saya berehat seketika kerana mahu memberikan tumpuan kepadanya,” kata Noryn.

    Memandangkan Umar sudah besar dan boleh berdikari, ini waktu terbaik dia kembali aktif.

    Noryn Aziz terus giat menyiapkan album terbaharunya yang turut mendapat sentuhan komposer, Ajai.

    “Peminat yang sering mengikuti perkembangan tahu selain menyanyi saya turut mengajar dan membuka kelas vokal. Bayangkan macam mana orang mahu datang belajar dengan saya kalau mereka tidak yakin masih mampu menyanyi dengan baik.

    “Untuk meyakinkan umum, saya kena buktikan kemampuan diri. Beberapa siri persembahan yang giat saya lakukan bermula awal tahun ini antara cara untuk saya tunjukkan kepada orang ramai,” katanya.

    Noryn juga giat menghasilkan album solo terbaru terbitan komposer terkenal Ajai.

    Ikut perancangan asal, album itu akan dilancarkan bulan ini, namun ia terpaksa ditunda selepas Aidilfitri memandangkan Ajai terikat dengan beberapa komitmen lain.

    “Ada juga yang mencadangkan saya melancarkan single terlebih dahulu. Itu rancangan asal saya, tetapi selepas dinilai kembali lagu yang bakal diketengahkan ramai mengatakan ia agak berat.

    “Jadi saya bercadang buat susunan semula lagu itu. Waktu sama saya juga sedang menilai lagu lain, mana tahu ada yang lebih komersial.

    “Maksud saya muziknya lebih terkini dan cara nyanyian juga sesuai dengan keadaan dan setuasi peminat sekarang. Saya belajar dari kesilapan lalu yang banyak menitikberatkan soal teknikal. Sedangkan saya lupa apa yang pendengar mahukan,” katanya.

    “Saya mahu karya yang dimuatkan dalam album ini benar-benar mampu memenangi hati peminat,” katanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda