Thursday, May 15, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nostalgia keseronokan permainan video retro

    VANCOUVER – Jennifer Shudo kelihatan teruja dan gembira untuk berdiri di hadapan permainan video popular Super Mario Bros dalam versi arked sekali gus turut mengimbas kembali nostalgia hiburan mereka ketika kecil ketika mereka berpeluang untuk menghadiri Expo Permainan Video Retro Vancouver di Pusat Persidangan Anvil di pinggir bandar New Westminster baru-baru ini.

    “Setentunya ramai individu akan terimbau kembali nostalgia indah semasa kecil bermain permainan video popular ini malah kami juga turut membesar bersamanya,” jelas Shudo kepada Xinhua.

    Dia menjelaskan bahawa beberapa syarikat permainan video popular seperti Nintendo memang tidak asing lagi bagi kanak-kanak yang membesar pada sekitar tahun 1980an dan 1990an.

    Ternyata masih ramai yang ingat akan keseronokan bermain Nintendo Entertainment System (NES) atau Sega Genesis.

    “Saya memang menyedari bahawa ramai golongan dewasa yang masih memilih untuk bermain siri permainan video Mario kerana mereka sangat menggemarinya malah turut membesar dengan francais siri tersebut,” jelasnya.

    Pengunjung turut berpeluang untuk bermain dengan pemain lain malah pertandingan juga turut dianjurkan dalam ekspo tersebut. – Agensi

    “Walaupun kebanyakan permainan video terkini memiliki sistem grafik yang lebih menarik dan teknologi yang lebih maju namun permainan retro lama seolah-olah tidak pernah lapuk ditelan zaman. Kami memang sentiasa menghargainya kerana ia adalah detik permulaan kepada hiburan ini,” jelasnya.

    Pemilik kedai permainan video, Brian Hughes telah menganjurkan ekspo tersebut sejak lapan tahun lalu selepas menghadiri acara yang sama di Portland, Oregon.

    Ekspo di Vancouver itu mengambil tempat di keseluruhan empat tingkat bangunan Pusat Persidangan Anvil itu.

    “Setentunya ia merupakan satu penghormatan kepada permainan video retro. Pengunjung yang datang ke ekspo ini juga datang dengan tujuan tersendiri seperti ada yang berusaha untuk memenuhi koleksi masing-masing dan ada di antaranya juga yang gemar bertukar-tukar fikiran memandangkan kebanyakannya memiliki minat yang sama,” jelas Hughes.

    Acara yang dianjurkan selama sehari itu turut merangkumi ekso pameran, perbincangan dalam kalangan pakar permainan video, persembahan pentas dan juga pertandingan melalui beberapa buah siri permainan video retro seperti Mario Kart 64, Tetris dan Dr. Mario.

    “Sekumpulan individu memiliki minat yang sama dan berkumpul dalam suatu ruang setentunya cukup menyeronokkan,” tambah Hughes.

    Dalam sebuah dewan pameran, ratusan pengunjung kelihatan teruja memilih-milih siri permainan video lama khusus bagi platform Nintendo, Sony PlayStation dan Sega.

    Lebih menarik lagi apabila rangkaian harga yang ditawarkan adalah berbeza iaitu serendah AS$3.77 hingga setinggi AS$338.19 bagi permainan video yang dikategorikan sebagai cukup eksklusif seperti Chrono Trigger.

    Karakter seperti Link dari Legend of Zelda, Mega Man dan Sonic The Hedgehog merupakan antara yang memiliki peminat tersendiri sehingga ramai yang menggayakan baju T yang menampilkan watak popular tersebut.

    Nintendo merupakan salah satu platform permainan video retro yang memiliki peminatnya tersendiri. – Agensi
    Koleksi permainan video klasik yang turut dijual dalam Expo Permainan Video Retro Vancouver di Pusat Persidangan Anvil merupakan antara yang menjadi perhatian utama. – Agensi

    Salah seorang pakar pembaikpulih sistem permainan video, Matt Wells menampilkan konsol Nintendo yang tetap kekal berfungsi untuk disambungkan terus pada skrin televisyen bersaiz sederhana.

    Selain itu, Wells turut menampilkan beberapa konsol retro lain seperti Famicom, Game Boy dan Sega Game Gear yang tetap dijaga dengan baik.

    Dia juga telah banyak melakukan kerja-kerja penaiktarafan pada sistem NES bagi memastikan ia sesuai untuk dihubungkan pada port HDMI yang dilengkapi pada televisyen terkini sekali gus berpeluang untuk menzahirkan imej yang lebih terang dan berkualiti.

    “Seperti yang anda lihat, kualiti gambar yang ditampilkan kelihatan lebih menarik dan berkualiti tinggi selepas penaiktarafan dilakukan,” jelasnya.

    Dia turut melahirkan rasa gembira kerana ramai memuji sistem yang dinaiktarafkan pada permainan video lama.

    “Kebanyakan pemain permainan video retro memang menyedari bahawa sesetengah konsol tidak sesuai dihubungkan dengan televisyen terbaru. Lalu, ada juga di antaranya yang berusaha untuk melakukan kerja penaiktarafan demi mendapatkan kualiti gambar lebih baik dan turut kembali berpeluang menikmati keseronokan untuk bermain dengannya,” jelasnya.

    Pengasas ekspo tersebut, Hughes turut menyedari akan trend perubahan dalam kalangan pengunjung pada tahun ini.

    “Selama bertahun-tahun kami menganjurkan ekspo ini, memang kami dapati banyak perubahan di mana ramai pengunjung yang datang bersama keluarga bagi memperkenalkan permainan retro ini kepada anak-anak mereka,” jelas Hughes.

    “Ramai yang membesar bersama dengan platform permainan video klasik seperti Nintendo 64 dan PlayStation One. Di samping berpeluang untuk mengimbas kembali nostalgia keseronokan anda bermain permainan video tersebut malah mereka juga turut berpeluang untuk memperkenalkannya kepada generasi kini,” tambahnya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/