LONDON – Barcelona menjadi pasukan bola sepak terkini yang berjaya melakukan sesuatu yang mustahil. Selepas ketinggalan 4-0 selepas perlawanan pertama, Barcelona berjaya menjaringkan setengah dozen gol Rabu lalu untuk menewaskan pasukan Paris Saint-Germain 6-1 dan mara ke suku akhir Liga Juara-juara dengan agregat 6-5. Tiga gol terakhir, dua dijaringkan oleh Neymar dan lainnya hasil rancangan