Oleh Salawati Haji Yahya – BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Beberapa buah kawasan di Batu Satu, Jalan Tutong, akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah terutama kawasan tanah tinggi yang disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan paip air di kawasan berkenaan hari ini. Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut bermula pukul 9 malam hingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

