Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JAN – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan bahawa Kursus Pra-Nikah bagi Daerah Brunei dan Muara yang dijadualkan 16 dan 17 Januari di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan KHEU akan dipindah.
Tempat kursus sebaliknya akan diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Serusop.
Masa kursus berkenaan tidak berubah dan pertukaran tempat berkenaan adalah disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/01/P4-3A-FREEPIK_16012024.jpg)